
Ini lagi satu pembohongan jentera Warisan melalui portal yang diketahui terkenal dengan isu-isu syok sendiri tetapi tidak pernah terbukti benar.
Sebelum pilihan raya umum ke 15, pemimpin dan jentera Warisan mendakwa kononnya PBS akan bekerjasama dengan Parti Warisan. Walhal telah berkali kali dinafikan oleh kepimpinan PBS sebagai ura ura yang tidak benar dan tidak mungkin akan berlaku.
Manalah ada parti di Sabah ini berani bekerjasama dengan Warisan.
Secara politiknya tidak ada parti yang mampu menyesuaikan diri setelah bekerjasama dengan Parti Warisan. Memandangkan kebanyakan penyokong Parti Warisan mempunyai agenda peribadi yang luar dari konteks parti dan negara Malaysia.
Penyokong yang agak berpendidikan melihat Warisan dari konteks perjanjian Malaysia, walaupun mereka tahu ia sekadar propaganda politik. Memandangkan Warisan sudah berkesempatan menjadi kerajaan negeri, namun tiada satu pun perkara dalam perjanjian Malaysia 1963 yang berjaya ditunaikan.
Sebahagian lagi penyokong Warisan yang “buta huruf” melihat politik Warisan dari sudut yang extreme atau diluar perlembagaan. Mereka ingat sekiranya Shafie menjadi ketua menteri Sabah maka apa yang mereka inginkan walaupun bertentangan dengan perlembagaan akan ditunaikan. Apa itu berkaitan kewarganegaraan mahupun ke pemilikan kekayaan dan negeri Sabah itu sendiri, sedangkan mustahil untuk direalisasikan.
Tidak kurang popular berita dongeng yang disebarkan kononnya Presiden Warisan Shafie akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Memandangkan Shafie lah orang pertama yang menyatakan sokongan ke atas Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Hahaha!
Mereka tidak tahu blok Borneo yang terdiri dari GPS dan GRS lah yang mula-mula menyatakan sokongan kepada pihak yang mendapat majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Tetapi tidak dihebohkan memandangkan sokongan datang dalam bentuk kerajaan negeri.
Terbaru berkenaan pelantikan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar untuk penggal keempat. Hal ini juga dipolitikkan oleh portal ini Sabah bah. Lucu!
Saya pun tidak faham kenapa boleh menjadi isu sedangkan Warisan bukannya kerajaan negeri yang bertanggungjawab melantik atau memanjangkan tempoh perkhidmatan satu satu TYT Sabah. Lucu!
Hakikatnya yang melantik TYT Sabah ialah Yang Dipertuan Agong atas nasihat Ketua Menteri Sabah. Ketua Menteri Sabah juga bertanggungjawab melanjutkan tempoh TYT.
Pertanyaannya
Sewaktu Tun Juhar dilantik sebagai TYT siapa Ketua Menteri Sabah pada waktu itu bukan Datuk Musa Aman dan hari ini siapa Ketua Menteri Sabah yang melanjutkan tempoh TYT Tun Juhar? bukan kah Datuk Hajiji Noor dari kerajaan GRS.
Habis itu kenapa pula GRS yang didakwa terpaksa akur berhubung perlanjutan tempoh Tun Juhar sebagai TYT seperti mana cerita dongeng portal Ini Sabah Bah?
Jangan lupa oiii, Warisan tidak ada kaitan dengan sebarang perkembangan dalam kerajaan negeri. Warisan hanya sebuah pembangkang tin kosong yang sikit hari akan berkubur buat selamanya.
Sebaiknya kuasa tyt ckup setakat 2 penggal.. itu sebaiknya..
LikeLike
Ya..sokong jika belum ada pengesahan Dari ketua menteri Hjj..makanya jangan ada pandai memandai mengubah perlembagaan…jika ini akan berlaku seolah2 km Diketawakan Dan dipijak2 oleh golongan manusia yg sedang merancang membinasakan bangsa Dan tanah kita…
LikeLiked by 1 person
Saya rakyat sabah membantah perlanjutan tyt.
LikeLike
MEMBANTAH SEKERAS2NYA PERLANJUTAN TYT
LikeLike