4 MP GRS Tidak Perlu Melepaskan Jawatan, Warisan Kecewa Lagi

Kelmarin lagi saya maklum tentang pernyataan bekas Menteri di Jabatan Perdana, Wan Junaid  Tuanku Jaafar. Bahawa tidak perlu empat ahli Parlimen GRS yang meninggalkan Bersatu melepaskan jawatan selaku ahli Parlimen.

Ini kerana ke empat empat ahli Parlimen berkenaan telah meletakkan jawatan dalam parti pada awal Oktober yakni sebelum pilihan raya umum ke 15.

Itu antara alasannya, alasan atau sebab lain sudah tentulah berkaitan siapa Bersatu dari konteks calon atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sebenarnya tidak bersambung atau Bersatu tidak ada autoriti menentukan calon yang mewakili GRS.

Itu bererti tidak akan berlaku pilihan raya kecil di negeri Sabah.

Ok kita tutup sampai disini, teka teki adakah wakil wakil GRS berkenaan meletakkan jawatan atau tidak.

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk mengingatkan penyokong-penyokong Parti Warisan dan sebilangan penyokong UMNO yang ingin melihat kerajaan negeri bertukar tangan.

Bahawa sangat mustahil untuk meruntuhkankerajaan GRS Sabah dengan hanya menjalankan undi tidak percaya dan sebagainya selain melalui mandat rakyat. Malangnya hari ini majoritinya Sabahan menolak Parti Warisan dan UMNO.

Kepada beberapa pemimpin dan penyokong UMNO jangan lagi ikut perasaan benci tu, nanti tidak pasal hilang segala galanya. Jangan lupa sudah dua kali UMNO tersungkur dalam pilihan raya umum walaupun dalam kerajaan persekutuan dan menyandang Perdana Menteri Malaysia.

Kepada Warisan pula, cukup cukuplah bermimpi di siang hari. Ternyata mimpi mimpi indah yang kononnya kerajaan Warisan akan menjadi kerajaan negeri sejak Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10, semuanya gagal malah itu hanya membuktikan lagi kalian adalah jentera pembohong, padan di humban oleh rakyat Sabah dan hanya diberikan tiga ketul kerusi Parlimen.

Keberadaan Warisan dalam kerajaan hari ini, hanya cukup untuk menjaga kerabat Presiden Warisan. Adapun undi yang diberikan oleh penyokong Warisan dan bukan siapa siapa dengan mereka. Tugas kamu sudah selesai, undi yang kamu bagi ibarat memberikan mereka jawatan makan gaji buta sedangkan kamu sendiri hanya berharap pada bantuan tunai kerajaan yang kamu tentang. Shame on you lah!

Pokoknya buang semua harapan kalau kalau boleh menggantikan kerajaan GRS tanpa mandat rakyat, kerna itu hanya membuat anda lebih kecewa. Dan yang penting itu membuat saya lebih santai menghadap kalian. Hahahah!

One thought on “4 MP GRS Tidak Perlu Melepaskan Jawatan, Warisan Kecewa Lagi

Add yours

  1. Warisan itu parti pilak itulah rakyat Sabah takut mengundi Warisan, UMNO pula parti Malaya tidak lagi sesuai di sokong di Sabah. Masa sekerang sudah berubah rakyat mahukan parti tempatan untuk menyokong MA63 dilaksanakan.

    Liked by 1 person

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: