Saya upload balik sebab semalam ada pihak dari Semenanjung minta saya, tangguhkan paparannya. Tapi kerana Raja Petra telah membuat pertanyaan sekaligus menjadi alasan saya, maka saya upload balik cerita ni.
Buat apa nak takut ini bukan fitnah atau cerita mengada-ngada. Ini adalah soal mencari kebenaran. Allah sentiasa bersama hal hal yang benar sebaliknya Allah membenci orang orang yang menafikannya.
Sidang media ketua Perikatan Nasional Malaysia selepas menghadap yang di-pertuan Agong petang tadi.
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa mereka telah menghantar surat yang membuktikan PN mendapat sokongan lebih 112 ahli-ahli Parlimen, yang membolehkan kerajaan Perikatan Nasional dibentuk.
Namun semasa mengadap tadi dikatakan dokumen itu tidak jelas oleh pihak Istana membuat Muhyiddin tertanya-tanya tidak jelas tentang yang mana. Oleh itu Muhyiddin bersedia menunjukkan bukti dokumen yang telah mereka hantar.
Disebabkan isu yang tidak jelas ini, ada pihak yang tertanya-tanya seperti soalan dibawah.
Raja Petra bertanya pada wakil Istana, Datuk Pengelola.

Dalam pada itu Muhyiddin menegaskan Perikatan Nasional tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun pihak Istana yang mencadangkan begitu.
Ini kerana tidak berkerjasama dengan Pakatan Harapan adalah hal yang telah dipersetujui sejak daripada awal awal oleh semua pemimpin-pemimpin dalam komponen Perikatan Nasional.
Entahlah, dikhabarkan esok 30 pemimpin UMNO atau BN akan dipanggil mengadap untuk ditanya pihak mana yang mereka sokong.
Kalau itulah pertanyaannya maka sudah tentulah ketua jajaran Anwar Ibrahim yang akan ditunjuk, sebab hanya Anwar yang dapat melepaskan mereka dari tuduhan di Mahkamah.
Tinggalkan Jawapan