Borneo Block Hanyalah Propaganda Shafie Untuk PRU-15

Hairan dengan Warisan tidak ada modal lain, selain mempolitikkan kedudukan Sabah dalam Malaysia. Terbaru mereka bercakap soal blok Borneo atau Borneo Block dan ini bukan kali pertama mereka mengarang propaganda.

Blok Borneo menurut Warisan adalah kerjasama mereka dengan parti politik Sarawak namun pastinya bukan dengan GPS. Sebab semua pun maklum, semasa penentuan Perdana Menteri selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, GPS awal awal lagi menolak Shafie sebagai calon Perdana Menteri. He!

Justeru yang sebenarnya ada kerjasama politik dengan GPS Sarawak adalah GRS. Perbincangan Borneo Block ini telah pun dijalankan semasa lawatan ke dua belah pihak.

Warisan yang ketinggalan Bas dan yang sebenarnya pemimpin yang dihadap oleh Warisan di Sarawak baru baru ini bukannya pemimpin GPS pun sebaliknya kalau tidak silap dari kalangan parti pembangkang?

Penganalisis politik juga berpendapat tidak mungkin GPS bekerjasama dengan Warisan yang disebabkan oleh dua faktor nyata. Tidak usahlah saya sebutkan disini faktor yang dimaksudkan.

Kamu tahukah tujuan agenda Sabah Unity di cipta adalah untuk menutup sentimen Sempornanisasi.

Warisan style, agenda boleh berubah ubah mengikut selera mereka dan seolah olah selama ini Sabah milik atau diperintah oleh Warisan, walhal sekalipun Warisan tidak pernah memenangi pilihan raya.

Oleh kerana itu apa yang kita nampak adalah menakutkan, semacam Sabah ini cuba dijual oleh Warisan dalam erti kata masyarakat Sabah dijadikan mangsa, pemuas nafsu politik Shafie Apdal.

Kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak termasuk Labuan berjumlah 57 kerusi. Itu bererti sejak daripada dulu Sabah Sarawak memang menjadi penentu, penentu kepada pembentukan Malaysia dan hari ini penentu kepada pembentukan kerajaan semasa Malaysia.

Apa yang menghairankan sangat? Macam juga negeri lain, seperti contoh Kelantan dan Terengganu juga menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan, seandainya tidak ada parti yang mendapat majoriti mudah.

Memandangkan Shafie bekas pemimpin UMNO, sudah tentulah dia tahu dan sedar, tidak semua masyarakat Sabah menyokong penuh parti tempatan. Seperti mana orang Selangor hanya sedikit yang menyokong parti UMNO walaupun parti UMNO dikaitkan dengan bangsa Melayu.

Tidak juga semua orang Johor menyokong parti UMNO walaupun UMNO diasaskan di Johor. Begitu juga dengan Pahang tidak semua orang Pahang menyokong parti UMNO walaupun Najib berasal dari sana.

Paling tragis akibat propaganda Warisan walaupun flip flop, mulai dengan Sabah Ubah dan hari ini Borneo Block. Ada pula dikalangan ahli atau penyokong Warisan yang membenci orang Malaya kaw kaw, semacam mereka lupa isteri Presiden Warisan, Shafie itu sendiri adalah orang Malaya atau berbangsa Melayu Malaya.

Jangan penyokong Warisan terlalu tolol, apa mereka tidak tahu kah, siapa orang kuat Shafie Apdal yang mengurus keperluan Shafie termasuk politiknya. Mereka adalah orang Malaya. Mereka menjadi orang kuat dan kepercayaan sejak Shafie menjadi Menteri KKLW. Kamu orang tahu apa, hanya disuap dengan propaganda bohong, terus jadi bodoh.

Nah jangan pula selepas ini ada yang beralasan alah nikah kahwin adalah suratan. Habis kamu ingat adakah perkara yang berlaku di muka bumi ini bukan suratan dari Tuhan, termasuklah terciptanya artikel ini. Maksudnya jangan mudah termakan propaganda yang keterlaluan sedangkan kamu tidak kenal sangat siapa mereka sebelum ini.

Hakikatnya kalau parti luar tidak relevan atau tidak menguntungkan, tidak lah Shafie berebut jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia dan memegang jawatan Menteri KKLW, Kementerian yang paling kaya di Malaysia.

Jadi jangan kamu senang di jual hidup hidup sampai nampak sangat naif seperti totok Warisan. Rumah sudah di pangkah akan dirobohkan kerana projek Hotel 5 bintang akan dibina di tapak Kampung Simunul. Tapi masih lagi mengundi parti Warisan, kenapa begitu naif? sebab mereka telah termakan propaganda yang tidak berasas. Sampai mereka lupa akhirnya juga yang rugi adalah mereka ini kerana pemimpin silih berganti dan mereka tetap meneruskan kehidupan waktu itu mereka ditadbir oleh musuh Shafie.


Warisan menyebarkan propaganda kononnya dengan 57 kerusi itu Warisan boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan bantuan Sarawak.

Berfikir sahaja secara logik jumlah keseluruhan kerusi ialah 222 jika ditolak 57, masih ada 165 kerusi, orang Melayu mana yang sanggup menjual harga diri melantik Shafie sebagai Perdana Menteri Malaysia?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: