Dulu UMNO Dipuji Melangit Hari Ini Dipijak Pijak – Warisan 

1. Nada yang berbeza, dulu semasa Shafie menjawat jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Begitu gah dia meletakkan martabat UMNO melebihi sang pencipta. Wow!

2. Bak hujahnya semasa berucap di perhimpunan Agung Umno suatu ketika dahulu.

” adanya anak-anak muda yang menolak perjuangan UMNO adalah benar kita perlu membuat perubahan, bukan diubah UMNO, UMNO adalah merupakan parti yang keramat yang berjasa kepada bangsa ini. Tidak harus takut dan segan dan malu memperjuangkan UMNO ini. UMNO memerdekakan negara ini UMNO mendaulatkan bangsa dan agama ini. Kami yang hina di tempat kami yang tak ada bertempat hari ini pun ada tempat

3. Tapi apa yang berlaku pada hari ini segalanya berubah sehingga 360 darjah. Sedangkan kalau kita amati hujahnya diatas, maka kita akan dapati mati hidup Shafie akan tetap setia bersama UMNO. Tapi sebaliknya hujah yang berapi itu rupanya racun yang memudaratkan bangsa dan agama.

4. Kamu fikirlah sendiri ya, yang pasti itu bukannya sikap seorang pemimpin yang layak untuk dipertahankan. Ibarat lalang ke kiri dan kanan mengikut tiupan angin.

5. Seperti barisan kepimpinan Warisan itu sendiri bermula dari jawatan Presiden sehingga ke jentera pergerakan sayap, asalnya dari parti yang menjadikan mereka manusia tapi sengaja mereka tinggalkan hanya untuk mengejar kepentingan diri mereka.

6. Jadi pada jentera atau penyokong Warisan yang tidak berakad untuk menjadi penyokong rasmi Warisan. Agak agak kamulah sanggupkah barisan pemimpin yang tidak konsisten itu mempertahankan kamu? Sedangkan parti yang menjadikan mereka insan pun mereka lupakan, malah dipijak penyek.

#BNforSabahan

3 comments

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: