Boleh Tunjukkan Satu Bukti Kejayaan Kerajaan Warisan – GRS (Video)

Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua GRS, Datuk Hajiji Noor mencabar kepimpinan parti Warisan agar menunjukkan satu bukti iaitu kejayaan sepanjang mereka sepanjang menjadi kerajaan Sabah selama 22 bulan.

Hakikatnya tiada satu pun kejayaan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Sabah yang mereka tahu hanya memfitnah ke sini sana atau dimana pun mereka berada. Samalah tu dengan portal berita pro Warisan, hampir tidak satu pun tulisan mereka yang terbukti benar, manjang kantoi membohong.

Mungkin satu yang boleh dipertimbangkan, membina kilang minyak masak tetapi sehingga hari ini tidak pernah untung. Alih alih kerajaan negeri GRS juga yang terpaksa menanggung kerugiannya. Sampai ada pihak yang membuat laporan agar SPRM menyiasat pengurusan kilang berkenaan.

22 bulan tiada apa yang boleh dibanggakan. Itu perkampungan terbakar atau rumah terbakar di Kampung Bangau-Bangau, Semporna sehingga hari ini tidak dibina walaupun Shafie sendiri yang berjanji akan mendirikannya semula iaitu semasa kempen pilihanraya umum yang lalu.

Nasib baiklah atas kehendak Allah kerajaan GRS Sabah cepat mengambil alih pemerintahan negeri dari Kerajaan Warisan. Barulah kerajaan menyediakan peruntukan RM8 juta ringgit untuk membina rumah rumah yang terbakar.

Pun begitu menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Kepimpinan Warisan aka Shafie Apdal masih berhasrat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Untuk lebih jelas tentang apa yang diperkatakan oleh beliau semasa berkempen di Parlimen Sepanggar video dibawah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: