
Astaga apa juga yang dibebelkan oleh si Aziz sampai terkeluar ulat lehernya.
Dia seolah olah menjawab persoalan yang diajukan pada dirinya secara khusus. Dimana kononnya si Aziz menjawab tuduhan orang Borneo tidak boleh jadi Perdana Menteri, kalau ia pun itu satu lakonan tapi janganlah sampai terkeluar urat leher tidak ada maknanya pun.
Hari ini orang Sabah sudah ramai yang cerdik pandai, tidak lagi boleh dikelirukan dengan sekadar kenyataan syok sendiri.
Terimalah hakikat, hari ini majoriti orang Sabah telah hilang kepercayaan pada politik Warisan, jadi berkempen sampai terkeluar urat leher, sikit pun tidak akan mengubah kepercayaan pengundi. Setakat dijadikan hiburan pada penyokong Warisan itu sendiri, bolehlah kot.
Pertanyaannya siapa yang mempersoalkan dan kenapa dia ambil kisah sangat. Seolah olah si Aziz benar benar layak diberikan jawatan Perdana Menteri Malaysia melebihi pemimpin Sabah yang lain tapi dinafikan atas nama sentimen bangsa. Gayanya!
Sebagai Timbalan Menteri KDN pun tunggang langgang tapi ada hati ingin dikaitkan dengan jawatan Perdana Menteri Malaysia.
Panas panas sendiri tau si Aziz mungkin sebab orang tidak lagi kisah dengan ceramah politik Warisan. Jadi cara terbaik mencari perhatian ialah membuat kenyataan yang memalukan diri sendiri. Hahaha!
Pandai juga si Aziz ni berlakon dulu dialah paling suka melecehkan orang lain sampai tidak sedar dirinya tu siapa. Tapi tidaklah sampai orang yang dia lecehkan terkeluar urat lehernya ketika membidasnya.
Tidak perlu marah pada orang bodoh dan sikit sikit emosi macam si malaun tu.
Saya masih ingat, semasa dia berjawatan Timbalan Menteri KDN boleh dia post gambar muka saya bersama caption. Waktu itu teringin juga mau marah tapi bila teringat tidak ada perlunya berlawan dengan orang bodoh, saya pun cool ccol sendiri tapi makan hati sehinggalah kerajaan Warisan berjaya ditumbangkan.
Biarlah rahsia kenapa saya berani katakan dia bodoh, pokoknya bukan saya yang cakap tapi bosnya.
Jawab dulu pertanyaan saya, pihak mana yang mendakwa orang Borneo tidak boleh menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Borneo sangat kah kamu tu?