Terdengar rakaman video calon Warisan yang cuba sekali lagi mengakalkan rakyat Sabah berkaitan perjanjian Malaysia 1963 dan hak hak Sabah.
Betul pemimpin dan jentera Warisan tidak pandai malu dan rasa bersalah. Pada pilihan raya umum ke 14 yang lalu, Warisan menjaja perjanjian Malaysia 1963 melalui slogan Sabah Ubah dan telah sedikit berjaya memenangkan Warisan dikawasan tertentu yang majoritinya naif soal hak dan masa depan negeri bangsa.
Sabah Ubah bererti Presiden Warisan berjanji tidak akan bekerjasama dengan parti parti dari Malaya, terpenting dari itu merealisasikan perjanjian Malaysia 1963.
Dari awal lagi agenda bohong itu cuba ditentang oleh oleh masyarakat Sabah memandangkan ia sesuatu yang bohong dan mustahil untuk ditunaikan.
Malah Shafie sendiri semasa berjawatan Naib Presiden UMNO Malaysia ada menyatakan supaya orang Sabah tidak keliru dengan perjanjian Malaysia 1963. Baca link dibawah,
Tapi apa kan daya ada juga yang terpedaya namun belum cukup untuk mengalahkan kerajaan BN waktu itu yang diketuai oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman.
Ternyata benar Sabah Ubah hanyalah taktik untuk mendapatkan kemenangan. Selepas pilihan raya umum ke 14, Warisan berkerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk kerajaan Negeri dan Persekutuan. Menyebabkan beberapa ahli Parlimen Warisan dilantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
Tapi sebelum itu jelas dan nyata Warisan tidak akan berkerjasama dengan parti parti dari Malaya, baca Link dibawah,
Dalam rakaman video berkenaan Isnaraissah Munirah calon Warisan bagi Kota Belud sekali cuba memperdaya pemikiran rakyat Sabah. Dengan mengatakan cukup cukuplah konok kekayaan Sabah diangkut ke Semenanjung, biarlah kali ini kekayaan Sabah diatur oleh Warisan dan siapa menjadi Perdana Menteri tidak lagi menjadi soal (lebih kurang begitulah kandungan yang cuba disampaikan tapi jujur saya katakan aura rakaman itu langsung tidak menusuk ke kalbu mungkin kerana orang seperti saya amat sedar dan tahu ia hanyalah pembohongan)
Ada pula siapa menjadi Perdana Menteri tidak menjadi soal pada Warisan kalau begitu untuk apa bertanding di Semenanjung kalau hanya fokus soal perjanjian 1963, Sabah?
Jelas disana ada pembohongan kan? pembohongan yang diulang ulang.
Sebelum ini Warisan melalui slogan Sabah Ubah gagal menunaikan janji berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Kalau tidak percaya cuba tanya pemimpin Warisan kejayaan apa yang telah dicapai melalui slogan Sabah Ubah? tidak ada kawan, buktinya rakan sekutu Warisan sendiri DAP dan PKR telah pun membuat pengakuan bahwa Warisan tidak melakukan apa apa semasa menjadi kerajaan negeri. Baca link dibawah,
Tidak cukup dengan kegagalan menunaikan janji manifesto Sabah Ubah. Shafie sekali lagi membuat kenyataan yang bertentangan hak hak Sabah mungkin matlamatnya kali ini untuk memancing kepercayaan non bumiputera tapi tidak kesampaian apa bila kerjasama Warisan dan DAP atau Pakatan Harapan putus di tengah jalan, bukan hanya putus tapi macam anjing dan kucing sudah.
Bila mana menuntut hak atau pegangan bumiputera dalam fet dikurangkan.