Mengurus Sabah Pun Gagal, Ada Hati Tagih Jawatan Perdana Menteri – KM Hajiji

Memang betul pun apa yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pasal Parti Warisan yang ingin mentadbir negara melalui jawatan Perdana Menteri, sedangkan “mandat” Ketua Menteri Sabah pun gagal dimanfaatkan sepenuhnya untuk mentadbir Sabah dengan baik.

Justeru itu Datuk Seri Hajiji Noor mengingatkan rakyat Sabah agar jangan percaya dengan janji pembangkang.

Datuk Shafie ketika memerintah dulu, Sabah pun tidak terurus dengan baik.

“Kini, Azis Jamman pula mempersoalkan kenapa hanya tawarkan jawatan TPM (Timbalan Perdana Menteri), kenapa tidak PM (Perdana Menteri). Macam mana mahu jadi PM, sedangkan di Sabah pun mereka kalah.

Dua tahun menjadi kerajaan negeri, hala tuju pun tiada, melainkan fitnah sana-sini. Jadi, apa yang mereka banggakan? mereka bangga dapat menubuhkan syarikat minyak masak, tetapi tidak pernah untung,” katanya

Berbeza dengan kerajaan GRS yang membuktikan pencapaian cemerlang sepanjang tempoh dua tahun memerintah Sabah.

“Kita mampu memperoleh kutipan hasil negeri sebanyak RM5.449 bilion pada tahun lalu dan kejayaan tersebut tidak pernah dicapai oleh kerajaan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu Datuk Seri Hajiji Noor juga mengingatkan rakyat Sabah bahawa kerajaan Warisan yang memerintah bukan sebab mandat rakyat Sabahtetapi ada wakil rakyat dari UPKO yang melompat menyertai Warisan.

Namun ternyata kerajaan yang dibentuk tidak dari mandat rakyat, tidak mampu bertahan lama, itulah sebabnya selepas 2 tahun Warisan memerintah, pilihan raya negeri terpaksa diadakan dan rakyat Sabah menyaksikan kerajaan negeri bertukar sehingga hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: