
Strategik awal yang dilakukan oleh Pejuang atau Tun Dr Mahathir di Sabah ialah menyerang Parti Warisan kaw kaw sekaligus membuktikan beberapa perkara yang sebelum ini hangat di perdebatkan namun dinafikan oleh kepimpinan Warisan dan laskar mereka.
Tun Dr Mahathir semalam dalam rangka kerja politiknya di Sabah mendakwa Warisan tidak mampu melakukan apa-apa atau Warisan tidak melakukan apapun.
Pada saya yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir ialah Warisan baik semasa menjadi kerajaan negeri mahupun hari ini menjadi pembangkang mereka tidak melakukan apa apa yang menguntungkan rakyat Sabah, rentetan itu ramai pemimpin dan penyokong mereka meninggalkan parti Warisan itu sendiri.
Presiden Pejuang, Tun Dr Mahathir menegaskan bahwa partinya tidak akan berkerjasama dengan parti yang terlibat dengan rasuah. Seperti UMNO lah tu kan dan juga parti Warisan juga tu kan.
Jangan ingat pemimpin Warisan tidak ada skandal melibatkan tanggungjawab dan wang rakyat tau. Saya pun sedikit sebanyak tahu, apa lagi Tun Dr Mahathir lagi mengetahuinya dan lebih banyak.
Rasanya Tun tahu ada dikalangan pemimpin atau orang kuat Presiden Warisan, Shafie yang tiba tiba mewah semenjak Warisan menjadi kerajaan negeri dan diperingkat Persekutuan sebagai kerajaan Pakatan Harapan.
Kamu tahu seorang penentang Warisan semasa Pilihan Raya Umum ke 14, namun menjadi jentera Warisan menjelang pilihan raya negeri Sabah 2020. Mendedahkan pada saya kekayaan yang dimiliki oleh seorang dua pengikut Shafie semenjak menjadi kerajaan.
Tidak perlulah saya sebutkan disini butirannya nanti pula di tuduh saya ni tidak menyimpan rahsia semasa dalam kumpulan yang sama. Cuma apa yang saya mahu katakan disini ialah kalau saya pun tahu kegiatan Warisan, apa lagi Perdana Menteri Malaysia era kerajaan Pakatan Harapan, justeru itulah Tun Dr Mahathir berkata seperti itu, Warisan tidak mampu melakukan apa apa.
Jangan ingat geran tanah yang diberikan semasa kerajaan Warisan adalah hasil usaha kerajaan Warisan ya. Sebenarnya usaha memberikan tanah itu dimulakan dan dikerjakan oleh kerajaan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang lalu.
Berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir itu, terbukti Warisan sebagai parti dan kerajaan adalah gagal.
Berani kah kepimpinan Warisan menafikan kenyataan Tun itu? kita cabar mereka!
Beberapa ketika Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing ada mendakwa yang kepimpinan Warisan tidak berani menuntut hak hak dalam Perjanjian Malaysia 1963. Itu beliau ketahui ketika mereka sama membawa tuntutan. Bahwa pemimpin-pemimpin Warisan waktu itu takut atau kecut mengemukakan tuntutan pada Perdana Menteri Malaysia era kerajaan Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir.
Dari itu Timbalan Ketua Menteri Sarawak mengingatkan kepimpinan Warisan agar jangan lagi berani mempolitikkan perjanjian Malaysia 1963 kalau juga tidak berani mengemukan tuntutan.
Namun dakwaan Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Jemut Masing berkenaan dinafikan dan seolah olah beliau pula yang menipu.
Nah hari ini berdasarkan kenyataan Tun Dr Mahathir ini memang benarlah kerajaan Warisan tidak melakukan apa apa ke atas perjanjian Malaysia 1963. Dalam kata lain slogan Sabah Ubah yang menjadi modal Warisan semasa pilihan raya umum ke 14 hanyalah janji palsu dan telah merugikan pengundi Warisan.
Semasa Bersatu dibawah ke Sabah oleh Tun Dr Mahathir, orang paling lantang menolaknya ialah Presiden Warisan Shafie Apdal. Namun Tun Dr Mahathir tidak mempedulikannya kerana Tun tahu Warisan tidak akan mampu mempertahankan kedudukan sebagai parti politik dan kedudukan sebagai kerajaan negeri Sabah.
Tinggalkan Jawapan