Kenapa Ewon Ebin Boleh Bertanding Di Ranau Kenapa Tidak Ronald Di Beluran?

Amboi bukan main lagi mereka mengkritik Datuk Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) untuk Parlimen P. 183 Beluran.

Seolah-olah mereka yang mengkritik itu benar benar putih dan mereka tidak kisah kalau sekalipun mereka dianiaya. Walhal bukan orang tidak maklum bagaimana golongan yang sanggup bodoh mempertahankan kesalahan yang sudah didapati bersalah oleh Mahkamah.

Sebelum itu jangan lupa jasa Parti PPBM Sabah yang bertanggungjawab menggugat kerajaan Warisan dan UMNO tidak terlibat hingga membawa kepada Pilihan Raya Negeri 2020.

Banyak pendapat tidak jujur dilontarkan ke atas calon Perikatan Nasional ini, mungkin mereka ada muslihat jahat yang tersirat sebab walaupun mereka tahu UMNO ditolak oleh pengundi Sabah tapi tetap bernafsu untuk balik menguasai Sabah.

Rakyat Sabah tahu siapa pemimpin pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa, baik sedang dibicarakan mahupun setakat cerita kedai tapi dipastikan ada kebenarannya.

Jadi adakah kritikan mereka bertujuan untuk melihat GRS dan UMNO bercakaran dan kesannya kalah pada pilihan raya umum yang ke 15 ini?

Kritikan lain yang dilemparkan, Ronald Kiandee telah menjejaskan kerjasama GRS dan BN di Sabah.

Kenapa pula menjejaskan sedangkan mereka tahu Ronald Kiandee adalah Ahli Parlimen Beluran yang bertahan sehingga lima penggal. Bukan kaleng kaleng tu bolehlah dikatakan kemenangan yang begitu lama disebabkan oleh faktor kepimpinannya bukan kerana UMNO itu sendiri.

Ini boleh dibuktikan berdasarkan keputusan pilihanraya umum yang lalu dimana UMNO Semenanjung tumbang atau kalah kepada Pakatan Harapan. Sedangkan UMNO Sabah waktu itu termasuk Parlimen Beluran berjaya dipertahankan.

Berbanding calon UMNO untuk Parlimen Beluran sekarang. Sudahlah tidak berapa dikenali, lepas itu belum pernah memenangi mana mana pilihan raya. Semua ini tidak menjadi pertimbangan sebelum meletakkan calon daripada UMNO kah?

Maka sewajarnya lah UMNO menghormati kredibiliti atau kepimpinan Datuk Ronald Kiandee dan dibenarkan mempertahankan kemenangannya.

Kalau Ronald Kiandee dikatakan salah atau telah menjejaskan kerjasama GRS BN. Bagaimana pula dengan pemimpin PBRS Ewon Ebin yang bertanding di Parlimen Ranau, walaupun GRS BN telah menetapkan Parlimen Ranau diwakili oleh Jonathan Yassin dari GRS.

Semacam tidak ada yang bising berhubung pencalonan Ewon Ebin yang ada hanyalah alasan kecil dari pemimpin UMNO Sabah yang dikatakan kecewa. Kalau benar kecewa arahan kah lah Ewon Ebin menarik pencalonannya.

Tidak usahlah memburukkan lagi keadaan dengan saling menyalahkan kalau hanya kerana Ronald Kiandee dari Perikatan Nasional. Apa yang penting sekarang adalah bagaimana untuk mendapatkan kemenangan, jangan sampai keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah tahun 2020 berulang, dimana 3 calon daripada UMNO kalah kepada calon Bebas.

Agak agak pun, Ronald Kiandee berjawatan Naib Presiden Parti PPBM tak kan tidak dibenarkan bertanding atau lebih mengutamakan calon UMNO yang belum membuktikan kemampuannya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: