Menarik kenyataan calon Parlimen Beluran Ronald Kiandee dia kata UMNO atau BN mencuri jenama GRS di Parlimen Beluran.
Ronald Kiandee adalah Naib Presiden Bersatu yang juga Ahli Parlimen Beluran sejak lima penggal yang lalu.
Selepas pilihan raya umum yang ke 14 wakil wakil rakyat BN Sabah bertindak meninggalkan UMNO walaupun BN atau UMNO Sabah berjaya mengekalkan kemenangan berbeza dengan UMNO Semenanjung tumbang di tangan Pakatan Harapan (PH) akibat skandal 1MDB atau kredibiliti pemimpin pemimpin UMNO yang dipersoalkan oleh pengundi.
Akibat percaturan kerusi yang bakal ditandigi dalam pilihan raya umum ke 15 diantara GRS/PN dan UMNO di Sabah. Ronald Kiandee telah menjadi mangsa UMNO iaitu kuota parti kerajaan diberikan pada calon UMNO yang tidak dikenali. Menyebabkan beliau mengambil keputusan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Jadi tidak benar tu laporan yang dikeluarkan oleh portal berita tempatan kononnya GRS tidak mencalonkan Ronald Kiandee.
Pelik UMNO ingin membebaskan pemimpin-pemimpin UMNO yang dibicarakan di Mahkamah kerana rasuah tapi calon boleh menang diketepikan. Memang agak bodoh!
UMNO atau BN tidak pernah terlibat langsung mempromosikan GRS. Sebab itulah hanya saat akhir BN Sabah berpendapat GRS wajar ditambah dengan BN menjadi GRS-BN. Hakikatnya GRS adalah GRS dan BN adalah UMNO dari konteks Beluran lah. He!
Bersatu, PBS, STAR, SAPP dan USNO adalah pihak yang bertanggungjawab mencetuskan idea Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan mempromosikan sehinggalah hari ini GRS beransur ansur bertakhta di hati masyarakat Sabah.