Semalam tersebar surat Akujanji yang sebenarnya disediakan oleh presiden UMNO kepada calon UMNO/BN dimana di andaikan BN mendapat kemenangan dalam pilihanraya umum yang ke-15 ini, maka antara lain yang akan diutamakan ialah melepaskan kes mahkamah yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO.
Kamu pun tahu kan yang Presiden UMNO, Zahid Hamidi sedang berhadapan dengan 47 pertuduhan pecah amanah atau di rasuah di Mahkamah Tinggi. Sebab itulah dia inilah yang paling bersungguh-sungguh supaya Parlimen dibubarkan walaupun sepatutnya hanya berlaku pada Julai 2023.
Namun demikian surat Akujanji berkenaan dinafikan oleh pemimpin UMNO pro Zahid Hamidi dan seperti biasa penyokong sanggup bodoh mereka. Banyak alasan bodoh bodoh yang dicanang yang berakhir dengan kononnya ugutan keras, mengingatkan masyarakat agar jangan menyebarkan surat berkenaan jika tidak maka laporan Polis akan dibuat sekaligus saman akan difailkan.
Begitulah sikap UMNO setiap kali kantoi membohongi rakyat.
Namun ramai rakyat yang skeptikal dan yakin surat itu adalah benar dan tulen, ini kerana sebelum ini tersebar satu berita yang Presiden UMNO dan Anwar Ibrahim akan membentuk jajaran baru bagi membentuk kerajaan. Ia juga dinafikan tapi last-last rakaman perbualan di antara Zahid dan Anwar Ibrahim berhubung konspirasi jajaran baru diakui tulin atau benar oleh Zahid Hamidi. Selepas itu seperti tidak ada apa yang berlaku………
Orang yang bertanggungjawab menyebarkan surat Akujanji berkenaan adalah penulis blog Raja Petra, menurut Raja Petra surat atau Dokumen itu dia terima sendiri daripada Menteri penuh kerajaan keluarga Malaysia, bermaksud surat itu bukannya fitnah atau palsu.
Dengarkan penjelasan dari empunya diri yang bertanggungjawab menyebarkan surat Akujanji.


Tapi seperti biasa bila ada pemimpin UMNO yang kantoi, maka laporan polis akan dibuat. Tetapi kebenaran tetap kebenaran seperti jajaran baru bersama PKR yang dinafikan oleh Zahid atau pemimpin UMNO namun akhirnya dia sendiri yang mengakui jajaran berkenaan. Itu namanya pembohong.
Begitulah bagaimana ahli-ahli dan dan penyokong UMNO dibohongi mentah-mentah oleh pihak atasan. Saya tidak mahir bab agama tetapi dalam Islam ini kalau kita tidak menggunakan akal yang diberi oleh Allah untuk membezakan mana baik mana tidak dalam kehidupan maka Allah tidak akan membantu seseorang itu untuk bangkit atau mengubah keadaannya.
Tinggalkan Jawapan