Ungkapan atau janji yang mudah menusuk ke kalbu, begitulah bila yang berjanji adalah pihak yang boleh dipercayai oleh rakyat atau pengundi, khususnya pengundi di daerah Tawau.
Lo Su Fui adalah pemimpin muda berbangsa Cina anak jati Tawau yang berkemampuan baik dari segi kewangan mahupun akal fikiran ini kerana calon Parlimen Tawau ini juga mendapat pendidikan tinggi di luar di luar negara.
Bukan itu saja beliau juga didampingi oleh pemimpin muda iaitu wakil Rakyat Apas, Datuk Nizam Titingan. Pemimpin yang terkenal dengan sikap budiman, berkalibar, bertanggungjawab dan bijaksana.
Ertinya jika calon parlimen ini ini diberikan mandat atau kepercayaan oleh rakyat Tawau maka daerah Tawau bakal dipimpin oleh dua pemimpin muda yang berkaliber dan sudah tentu akan dapat menunaikan pembangunan yang mereka janjikan.
Jadi tunggu apa lagi, inilah masa dan peluang keemasan yang terhidang.
Benar calon Warisan juga berbangsa Cina tapi kerajaan Warisan dan Pakatan Harapan telah pun terbukti gagal membangun dan memajukan daerah Tawau.
Waktu itu Parlimen Tawau diwakili oleh Christina Liew. Pertanyaannya kemajuan apa yang telah dicapai rakyat Tawau hasil sokongan mereka ke atas Christina Liew atau Pakatan Harapan? Tidak ada bukan, sebaliknya setahu saya hanya Christina Liew secara peribadi yang mendapat pembelaan dari Ketua Menteri Shafie Apdal, berhubung skandal tanah orang kampung di Lahad Datu dimana Shafie Apdal telah membela Christina dengan menggantikannya dengan tanah lain.

TAWAU; 06 NOV 2022 (Ahad) – “Bagi 5-Tahun, Kita Majukan Tawau” merupakan slogan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di kawasan P.190 Tawau, Lo Su Fui dalam memastikan Tawau menjadi sebuah daerah yang maju dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau berkata, slogan tersebut merupakan komitmen beliau untuk membantu rakyat Tawau agar tidak ketinggalan dengan arus pembangunan negara pada masa ini.
Katanya, sepanjang 5-tahun akan datang beliau akan memastikan segala janji akan dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan parlimen Tawau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas meninjau jentera pilihan raya di bilik gerakan GRS Tawau, hari ini.
Lo berkata, sekiranya rakyat memberi mandat kepadanya dalam pilihan raya kali ini, beliau juga akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan kepada belia sekaligus meningkatkan sosio-ekonomi dalam kalangan
mereka.
Tambahnya, beliau juga akan memastikan belia di parlimen Tawau mendapat lebih banyak ilmu kemahiran demi masa depan mereka yang lebih cerah.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kawasan P.190 Tawau menyaksikan perlawanan 6-penjuru dimana Lo Su Fui ditentang oleh Cheng Ket Chuin dari parti WARISAN, Chin Chee Sym – BEBAS, Mohd Salleh Bacho – BEBAS, Datuk Christina Liew- PAKATAN HARAPAN dan Herman Amdas dari parti PEJUANG.
Sumber