
Kolotnya pemimpin dan penyokong parti Warisan
Kenapa tidak, kalau Ketua Menteri Sabah yang menjadi milik rakyat tanpa mengira bangsa agama dan fahaman politik, berbesar hati menyambut kedatangan seorang negarawan Tun Dr Mahathir yang datang ke Sabah untuk melaksanakan kerja politiknya.
Lalu sambutan berkenaan sengaja dijadikan isu oleh pemimpin dan penyokong Warisan sebagai sesuatu yang menyimpang dari GRS. Menyimpang tentang mananya pula ni?
Astaga politik adalah politik ketika berpolitik apa pun boleh disuarakan tetapi sebagai insan manusia hubungan antara yang tua dan muda harus sentiasa dijaga agar ia menjadi ikutan generasi muda yang akan datang.
Ternyata sikap yang budiman itu tidak ada pada pemimpin dan jentera Warisan justeru kalau boleh semua isu mereka politikkan dan kenyataan mereka pun macam orang yang belum menerima pendidikan sivik.
Adakah mereka tidak terfikir politik dendam dan kebencian secara terbuka hanya membuat struktur masyarakat Sabah berubah dan rosak serta menyebabkan sokongan mereka tidak bertambah.
Adakah juga kepimpinan Warisan tidak terfikir bagaimana jika penduduk tempatan Sabah meminggirkan masyarakat Sabah yang asalnya pendatang kerana perbezaan politik?
Gambar dalam peristiwa yang sama menunjukkan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mencium tangan Tun Dr Mahathir juga menjadi isu pada pembangkang Warisan.

Sedangkan apa salahnya jika seorang pemimpin yang lebih muda, menghormati dan mencium tangan orang tua yang telah banyak berjasa kepada negara, seperti mana Tun Dr Mahathir?
Bagaimana pula sekiranya Presiden Warisan bergambar dengan salah seorang pewaris yang menuntut Sabah. Apa boleh waktu itu masyarakat mengkritik disebalik kejadian sebenar iaitu mengaitkannya dengan usaha menuntut Sabah dari Malaysia?
Pada pemimpin dan penyokong Parti Warisan janganlah terlalu moron, ini sudah tahun 2022, takkan pemikiran seperti itu masih wujud dari planet mana kamu ni?
In Islam respecting the elderly is an obligation.
Tinggalkan Jawapan