5 Kabinet PM Ismail Sabri Tidak Dicalonkan PRU15 Oleh Zahid Hamidi

Kita rujuk dulu gambar dibawah dan fokus pada lelaki berambut putih bernama Ismail Sabri.

Sebentar tadi Presiden UMNO Zahid Hamidi telah mengumumkan senarai calon pilihan raya umum ke 15 bagi seluruh Semenanjung didapati 5 menteri kabinet dalam kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri tidak dicalonkan.

Semua pun tahu lima ahli kabinet berkenaan adalah penyokong kepimpinan Perdana Menteri Ismail Sabri, tapi kenapa tidak dicalonkan dan kenapa Ismail Sabri hanya mendiamkan diri.

Begini rupanya perasaan bergelora seorang presiden parti dalam usaha menyelamatkan dirinya dari hukuman penjara atau paling tidak dalam usaha cuba menutup perbicaraan yang sedang dihadapi melalui kuasa seorang presiden UMNO dengan tidak mencalonkan mereka yang enggan bersekongkol dengan kejahatannya.

Diharap mantan kabinet berkenaan bertanding atas tiket Perikatan Nasional atau Bebas bagi membuktikan betapa seriusnya mereka menolak Presiden UMNO Zahid yang terpalit dengan tuduhan salah guna kuasa di Mahkamah.

KUALA LUMPUR: Lima menteri Kabinet Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, digugurkan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Mereka adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Arau); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (Ketereh); Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba (Tenggara); dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang membuat penampilan semula dinamakan sebagai calon di Kota Tinggi menggantikan Halimah.

BN mempertaruhkan muka baharu di Parlimen Arau iaitu Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman manakala Ketereh oleh Ketua Puteri Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin.

BN turut meletakkan calon muka baharu di Tenggara iaitu Ketua Pemuda UMNO Tenggara, Mandzri Nasib.

Sementara itu, selain beberapa menteri, empat timbalan menteri juga digugurkan.

Mereka ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib yang tidak dicalonkan semula di kerusi Parlimen Maran.

Turut digugurkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah di Parlimen Jasin.

Beliau sebelum ini mengumumkan untuk tidak bertanding dalam PRU ke-15 (PRU-15) kali ini.

Juga tidak dinamakan semula, ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).

Tempat Zahidi digantikan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan manakala kerusi Parlimen Maran diwakili EXCO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman dipertaruhkan di kerusi Parlimen itu manakala Jasin pula, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Roslan Ahmad. – BERITA HARIAN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: