
Memang meragukan bila pertambahan pengundi di Sabah mencecah 53.9%, pertambahan yang tidak signifikan dan berlaku semasa kerajaan Warisan iaitu sekitar 2018 sehingga 2020.
Perlu rakyat Sabah ketahui semasa kerajaan Warisan, kalau saya tidak silap ketua atau timbalan SPR Sabah waktu itu ada hubungan kekeluargaan dengan Presiden Warisan. So tidak salah jika rakyat Sabah berspekulasi berhubung pertambahan ini.
Kalau pertambahan ini diluar jumlah penduduk Sabah maka sesuatu perlu dilakukan, antaranya nilai balik kewarganegaraan 53% itu, termasuk bapa mereka.
Tidak menghairankan sangat, kerana saya tahu Warisan sanggup melakukan apa saja demi mendapatkan kekuasaan. Seperti sebelum ini Warisan membenarkan DAP menggunakan logo mereka dalam pilihanraya negeri Sabah, namun gagal mendapat kemenangan. Hari ini DAP bermusuh besar dengan Warisan.
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor akan meminta penjelasan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung isu peningkatan mendadak jumlah pengundi baharu di negeri ini.
“Kita akan dapatkan maklumat dan taklimat daripada pengarah SPR dalam masa terdekat ini untuk mengetahui bilangan pengundi.
“Sesetengah pihak merasa ragu kerana terlampau mendadak…jadi apabila kita mendapat taklimat, penerangan dan penjelasan daripada pengarah SPR barulah kita boleh bagi komen,” katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen KTYS Kali Ke-25 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas isu pertambahan mendadak jumlah pengundi baharu di Sabah menerusi daftar pemilih direkodkan SPR yang meragukan beberapa pihak terutama parti-parti politik.
Hajiji berkata, pihaknya perlu mendapat penjelasan lanjut daripada SPR terlebih dahulu bagi mengenal pasti punca kepada isu lonjakan jumlah pengundi berkenaan.
“Perlu ada penerangan lanjut daripada SPR kerana sekarang sistem untuk mendaftar dibuat secara automatik apabila berumur 18 tahun.
“Jadi kita tidak tahu mungkin ada orang yang dulu walaupun lebih 18 tahun…21 tahun mereka tidak mendaftar dan mungkin juga ada (sudah daftar).
“Saya tidak boleh menyatakan sesuatu sehingga ada penjelasan dan penerangan lanjut daripada pihak berkenaan,” jelasnya.
Isu peningkatan mendadak dan meragukan jumlah pengundi baharu di Sabah mendapat perhatian serius terutama pemimpin-pemimpin parti politik di negeri ini.
Baru-baru ini, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee mendedahkan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan peningkatan pengundi baharu sebanyak 53.9 peratus.
Katanya, jumlah berkenaan membabitkan jumlah pengundi seramai 1,064,686 orang pada 2008 kepada 1,638,806 orang tahun ini.
Beliau mendakwa lonjakan rekod jumlah pengundi terbabit berkemungkinan berpunca dari skandal ‘Projek IC’ yang sebahagian besar peningkatan itu berlaku antara 2018 hingga 2020 semasa pemerintahan kerajaan Parti Warisan (WARISAN).