
Sebelum itu kita bertanya siapa Warisan yang cuba menjalin kerjasama dengan politik Sarawak, GPS.
Warisan bukannya parti tempatan yang hanya bertanding di Sabah sebaliknya Warisan juga bertanding di Semenanjung. Ini jelas berbeza dengan GPS.
Seperti penyataan penganalisis dibawah, politik GPS mempunyai sejarah perjuangan yang jelas dan berjaya itu pun setelah menjadi kerajaan dengan begitu lama.
GPS menjalin hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan, GPS bukannya parti tunggal yang semata-mata mempolitikkan perjanjian Malaysia tetapi ia lebih kepada bagaimana untuk memajukan Sarawak dari aspek selain perjanjian 1963. Pokoknya GPS lebih cekap berbanding kerajaan Warisan.
Sedangkan seperti mana kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sarawak berhubung tuntutan kerajaan Warisan ke atas perjanjian Malaysia 1963 pada masa itu.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak James Masing mendakwa Shafie Apdal ketika menerajui Sabah tidak menuntut hak minyak dan gas daripada Putrajaya kerana takut pada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Terang James, kerajaan Sarawak pernah mengajak kerajaan Sabah agar turut sama memfailkan saman terhadap Petronas berhubung 5% cukai jualan produk petroleum tapi kerajaan Sabah enggan akibat takut pada Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir pada ketika itu. Klik link dibawah.
Warisan Kantoi Menipu Tidak Pernah Tuntut Cukai Petroleum
Kerajaan Warisan adalah kerajaan yang gagal menunaikan semua janji manifesto pilihan raya umum 2018 dan agenda Sabah Ubah.
Itu yang saya bertanya atas kapasiti apa Warisan terhegeh hegeh cuba mempolitikkan GPS. Boo!!!
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat, matlamat utama Warisan mengadakan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah untuk meningkatkan sokongan bagi dirinya di pangkalannya di Sabah.
Sebahagian besar hasil minyak yang diperolehi dari Sarawak dan Sabah menjadi antara isu yang diperjuangkan negeri-negeri terbabit mengikut MA63.
Mengulas mengenai desakan Warisan untuk menubuhkan “blok Borneo” dengan gabungan pemerintah Sarawak, Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata, parti itu nampaknya mengharapkan pencapaian GPS dalam reputasinya sebagai entiti yang boleh dipercayai selepas memperoleh semula hak utama untuk Sarawak bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas pilihan raya umum (PRU) lalu.
“Sebagai contoh, GPS sebagai pakatan memerintah di Sarawak berjaya mengenakan semula cukai jualan negeri sebanyak 5% ke atas produk petroleum,” katanya.
Kerajaan Sarawak juga lantang mengenai penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi, autonomi dalam pendidikan, dan status negeri sebagai rakan persekutuan yang setaraf dengan Semenanjung.
“Saya percaya Warisan berharap dengan kerjasama ini, ia dapat menumpang reputasi GPS dan mewujudkan tanggapan bahawa parti itu juga boleh menyelesaikan isu MA63 Sabah sendiri,” kata Awang Azman kepada FMT.
Timbalan Presiden Warisan Darell Leiking telah membangkitkan idea itu bahawa partinya dan GPS boleh menghidupkan semula idea blok Borneo.
Naib Presiden Warisan Junz Wong pula berkata, parti Sabah itu boleh bekerjasama dengan GPS untuk memperjuangkan hak kedua-dua negeri bawah MA63.
Seorang lagi penganalisis, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, Warisan mungkin tidak mencapai tahap sokongan seperti GPS kerana gabungan Sarawak itu lebih agresif memperjuangkan hak negerinya.
“Saya percaya sesetengah rakyat Sabah masih ingat bagaimana kerajaan Warisan enggan menyertai kerajaan Sarawak dalam menyaman Petronas untuk hak cukai jualan negeri 5%,” katanya kepada FMT, merujuk produk petroleum negara yang diperolehi dari Sarawak.
Pertikaian undang-undang antara kerajaan Sarawak dan Petronas akhirnya selesai dengan syarikat itu bersetuju membayar SST 5%.
Lee berkata, Warisan dan GPS bukanlah satu-satunya pihak yang mendakwa memperjuangkan hak MA63.
“Mudah untuk kata anda menyokong sesuatu, tetapi pada akhirnya, mesti ada hasil yang boleh dilihat orang ramai,” katanya.