Najib Dilarang Buat Kenyataan Berkait PRU15

Bukan hanya tidak boleh membuat kenyataan berhubung pilihan raya. Tapi sewajibnya ke atas semua isu politik selagi Najib berada di dalam penjara Kajang, barulah betul.

Barulah betul memandangkan Malaysia dikenali sebagai negara Islam dimana di dalam Islam semua pihak harus dilayan secara adil dan sama rata.

Tak kan kebebasan hanya diberikan pada Najib, bagaimana dengan banduan lain, hemmm.

Jangan ingat Malaysia ini kepunyaan pemimpin UMNO oleh itu mereka boleh melakukan apa saja termasuk menafikan hak orang lain.

Jangan juga ingat semua orang sanggup masuk neraka hanya kerana mempertahankan pemimpin UMNO yang kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah.

Bekas perdana menteri Najib Razak sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta.© Provided by Free Malaysia Today

Beliau berkata, bekas perdana menteri itu sama seperti mana-mana banduan lain yang sedang menjalani hukuman penjara, tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan, lapor Sinar Harian.

“Semua surat serta dokumen dikeluarkan juga perlu ditapis terlebih dahulu oleh pihak penjara, termasuk surat yang dihantar kepada keluarga,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di Muzium Penjara Banda Hilir, Melaka, hari ini.

Tambahnya, Jabatan Penjara ialah jabatan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana politik dan warganya terus menggalas tanggungjawab diamanahkan tidak kira kerajaan yang memerintah.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad sebagai berkata, bekas ahli Parlimen Pekan yang sedang menjalani hukuman penjara itu tidak dibenarkan keluar berkempen untuk PRU15.

Katanya, Najib tertakluk kepada Akta Penjara dan peraturan selain prosedur operasi standard jabatan itu.

“Selagi beliau masih menjalani hukuman penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya.

Najib kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan sabitan dan hukuman ke atasnya dalam kes membabitkan dana SRC International.

Sumber MSN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: