Hak-hak Sabah: Pemimpin PH Bidas Shafie Kerana Dakwa Mereka Tak Buat Apa-apa

Akhirnya terbongkar jua siapa sebenarnya Shafie Apdal dan Parti Warisan.

Pada yang memerhati perjuangan politik baik pemerintah mahupun pembangkang akan menyedari bagaimana liciknya Warisan dalam usaha mengakalkan rakyat melalui slogan, namun apabila diberikan sedikit kepercayaan mereka yang menyumbang akan disingkirkan secara langsung atau tidak langsung, apa lagi jika mereka itu tidak ada jawatan dalam parti.

Begitu juga dengan agenda yang mereka kononnya perjuangkan sebelum itu. Bila berjaya membentuk kerajaan maka agenda Sabah Ubah dan Sabah For Sabahan hanyalah sebahagian dari pembohongan mereka.

Sebab itulah hari ini Warisan dikelilingi oleh golongan yang alfa, buta dan naif yang menjadi penyumbang besar kepada kejatuhan Warisan.

Kita sedia maklum sebelum ini Warisan dan DAP ibarat adik abang hinggakan DAP menggunakan logo parti Warisan dalam pilihanraya negeri Sabah 2020. Tetapi hubungan mereka tidak bertahan apabila DAP mula menyedari ternyata Warisan ada niat jahat yang tersembunyi. Bayangkan Parlimen atau DUN yang dikuasai DAP, disana Warisan membuat pejabat Warisan bertujuan untuk mengambil kepercayaan pengundi.

Hari ini Warisan ditolak oleh masyarakat tempatan hinggakan DAP turut menerima kesannya. Makanya DAP dan PKR menyerang Warisan secara terbuka.


KOTA KINABALU: Pemimpin Pakatan Harapan Sabah mengecam Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana menuduh gabungan itu tidak melakukan apa-apa untuk membantu mendapatkan kembali hak-hak Sabah dalam tempoh dua tahun memerintah.

DAP Sabah, PKR Sabah dan pemimpin UPKO menyifatkan dakwaan bekas sekutu mereka itu sebagai “tidak berasas dan tidak adil” dalam kenyataan berasingan semalam.

Mereka juga mendakwa Shafie panik atas kegagalannya sendiri sebagai ketua menteri.

Semua pemimpin itu juga pelik kenapa Shafie tidak menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan perdana menteri Pakatan ketika itu kerana gagal menunaikan hak negeri yang dijanjikan.

“Saya amat kecewa dengan kenyataan tidak berasas Datuk Seri Shafie Apdal untuk mewajarkan keputusan beliau keluar daripada perkongsian dengan Pakatan dan bergerak secara solo dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon.

“Sungguh mengejutkan apabila menyaksikan beliau menuduh bekas DAP dan PKR Sabah yang ikhlas membantu dan berkempen untuknya walau dalam apa pun keadaan.

“Tuduhan tidak berasas Shafie untuk mendapatkan publisiti benar-benar sesuatu yang sangat dikesali,” kata Poon dalam kenyataannya.

Poon menuduh Warisan menjadi “Kuda Trojan” yang bertujuan untuk memecahkan undi dalam pilihan raya akan datang bagi tujuan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Poon berkata percubaan Shafie adalah untuk mengelirukan rakyat dan ia “menunjukkan betapa dia tidak tahu malu dan terdesak sekarang”.

Poon berkata DAP secara konsisten menyokong barisan pembangkang bersatu untuk menentang BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam pilihan raya akan datang.

“Sungguh mengecewakan apabila melihat Shafie bukan sahaja kini mengkhianati bekas sekutu, tetapi juga bertindak melampau menyerang DAP dengan kenyataan sedemikian,” katanya sambil bertanya kepada Shafie mengapa beliau tidak menyalahkan Dr Mahathir kerana gagal mendapatkan kembali hak Sabah.

“Warisan kini serupa dengan Pejuang dan GTA (Gerakan Tanah Air), mereka sanggup menjadi populis untuk kekal relevan.

“Warisan juga sangat mirip dengan PAS sekarang, memainkan kad ‘semua salah DAP’ untuk mendapatkan ‘political mileage’. Rakyat tidak akan mudah diperdaya,” kata Poon.

Timbalan Ketua Penerangan PKR Razeef Rakimin pula berkata, dakwaan Shafie menunjukkan beliau panik dan mula menuding jari kepada orang lain untuk menutup kelemahan dirinya.

“Shafie nampaknya lupa bahawa dia adalah ketua menteri (dalam kerajaan Warisan Plus) yang menganggotai jawatankuasa khas hak Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau sebaliknya menyalahkan pemimpin – PKR Datuk Christina Liew, Phoong Jin Zhe dan Chan Fong Hin dari DAP serta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng – kerana tidak menyelesaikan isu Sabah.

“Apa yang dia (Shafie) buat semasa menjadi ketua menteri? Dia mesti tengok cermin sebelum menuduh orang lain,” katanya.

Sumber Sinarharian

One thought on “Hak-hak Sabah: Pemimpin PH Bidas Shafie Kerana Dakwa Mereka Tak Buat Apa-apa

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: