Sebelum itu jangan pula ada yang marah pada Encik Zaharin yang agak rasis atau perkauman, sebab sebelum ini Zahid Hamidi lah yang rasis bila mempersoal kemelayuan Tun Dr Mahathir, walaupun Zahid menyedari siapa dirinya yang sebenar.
Alamak Melayu tulen berkrisis dengan Melayu plastik iaitu Zahid Hamidi kerana ibu bapanya datang ke Semenanjung atau Malaya hanya selepas perang dunia ke 2 atau ketika negara jiran Indonesia berada dalam keadaan huru hara akibat reformasi, ertinya Zahid bukan dilahirkan di Malaysia.
Sebelum ini banyak komen kritis yang dihumban ke muka Presiden UMNO Zahid Hamidi berkaitan kelayakannya dan ketulenannya di dalam menerajui orang Melayu melalui UMNO. Ertinya selaku rakyat mereka menimbulkan kebimbangan, wajarkah seorang bekas pendatang yang baru datang semalam memimpin negara dan rakyat di negara ini?
Hala tuju apa di dalam otaknya, selain kalau boleh mengisi kantungnya sampai penuh dan membiarkan orang lain terkapai kapai meneruskan kehidupan dan mencari keadilan kerana orang seperti Zahid ini tidak akan kisah dengan nasib orang lain selagi dirinya belum melimpah.
Hakikatnya menurut kebanyakan ahli UMNO Zahid Hamidi adalah Mat Indon sedangkan rata rata pengikut bawahannya atau ahli UMNO lain adalah Melayu.
Kamu dengarkan apa yang didakwa oleh Zaharin Mohd Yasin dalam video ini. Lu siapa Zahid yang mendesak Parlimen dibubarkan, Lu siapa, Lu punya bapa datang Malaysia selepas perang dunia ke-2 dan bermastautin di Bagan Datuk Perak………..
Zahid Hamidi sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah akibat skandal Yayasan Akalbudi dan ramai yang menjangkakan dia akan meringkuk dalam penjara sama seperti Najib Razak sehingga 12 tahun. Justeru jangan hairan kenapa desakan pilihan raya datang dari Zahid Hamidi dan kumpulannya.