Warisan Tanding Di Kedah Lawan Dr M, PAS. Apa Lagi Hentam Kaw Kaw Lah

Semalam tersebar berita parti Warisan akan bertanding di Kedah yang menjadi kubu politik Dr Mahathir dan PAS.

Tapi sebelum itu Presiden Warisan Shafie ada membuat kenyataan pasal pemimpin Pakatan Harapan yang saling bermusuhan hinggakan kerajaan Pakatan Harapan tumbang. Pemimpin yang dimaksudkan ialah Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir oleh itu si Shafie merayu agar pemimpin seperti itu disingkirkan dari persada politik dan rakyat mesti menggunakan kuasa mereka bagi menyingkirkannya, jika tidak maka politik pembangkang hanya akan ditentukan oleh mereka berdua.

Pandailah Shafie tu menyembunyikan kegagalannya dengan menyalahkan orang luar, walhal di Semporna sendiri ramai orang orang terdekatnya yang berharap agar Shafie segera memencenkan dirinya akibat marah dan tidak senang dengan kepimpinannya.

Rentetan kenyataan Shafie itu, Si Junz Wong pula tampil membuat kenyataan bahawa Warisan akan bertanding di Kedah melawan PAS dan Dr Mahathir. Begitulah kelicikan Warisan macam kabur tapi pada hakikatnya lempar batu sembunyi tangan.

Jadi apa tindakan yang perlu diambil Dr Mahathir dan PAS? tunggu apa lagi hentam kaw kaw lah, rasanya dalam poket Dr Mahathir itu bertimbun skandal Shafie dan pemimpin Warisan lain.

Ada lucunya, selama ini Warisan dimomokkan oleh askar Warisan sebagai parti tempatan Sabah yang memperjuangkan hak hak Sabah berdasarkan perjanjian Malaysia 1963. Tapi kenapa tampak parti Warisan terus bertanding di di Semenanjung, sebelum ini di PRN Johor. Memperjuangkan perjanjian apa tu?

Hari hari GRS menjadi bahan fitnah jentera Warisan, walaupun mereka sedar, sekali jak saya jentik maka semua hujah mereka akan jatuh berciciran. He!

Berbalik pada isu pokok, Warisan bertanding di Semenanjung, khususnya di Kedah dan akan menentang Dr Mahathir dan PAS. Agak agak penyokong Warisan Sabah lah, berapa kerusi yang akan dimenangi oleh Warisan kelak? dan masih relevankah hujah askar Warisan berkaitan perjanjian Malaysia 1963?

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: