
Semalam viral berita sekumpulan pemuda UMNO berteriak di stadium agar Perdana Menteri Ismail Sabri segera mengadakan Pilihan Raya Umum Ke 15.
Pemuda UMNO Desak PM Segerakan PRU 15
Waktu itu juga kebanyakan rakyat tersinis kerana tahu itu semua hanyalah usaha besar UMNO demi menyelamatkan pemimpin pemimpin mereka dari hukuman penjara akibat mencuri wang rakyat.
Sekaligus rakyat sedar pilihan raya akan datang bukan untuk mereka yang bergelut meneruskan kehidupan selepas PKP.
Sinis rakyat itu dibuktikan sendiri oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi selepas mendapat respons positif dari Ismail Sabri.
Bilamana Zahid berkata “Kita tengah tunggu tarikh keramat, namun kita tahu ada kekangan akhir tahun ini iaitu banjir, hujan lebat dan angin monsun Timur Laut tetapi kalau Perdana Menteri bubar masa banjir pun, sanggup redah banjir untuk bertanding.
Iyalah tu Wak penjahat oiii, kalau menghadapi pilihan raya kau berani sangat, sanggup keluar masuk longkang tapi kalau ke Mahkamah tiba tiba kau bacul, sakit belakang dan takutkan Covid 19 dan banyak lagi alasan remeh dari seorang tertuduh yang bersalah.
Kalau namanya terdesak dan sudah beberapa kali kantoi membohong, memang begitulah. Lebih banyak bohong dari benar bila bercakap.