
Laungan bubar bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri memulakan ucapan sempena pelancaran jentera pemuda Barisan UMNO/Nasional 2022.
Baru pula tidak menggunakan logo UMNO, biasanya pada bungkusan keropok pun ada logo UMNO. Hahaha!
Laungan itu mendapat sambutan perdana menteri dan berjanji akan berjumpa dengan top 5 bagi membincangkan tarikh pilihan raya umum yang ke 15.
Semakin terdesak pemuda-pemuda UMNO dan jentera mereka untuk mengadakan pilihanraya. Rakyat sedar kenapa, tidak ada lain untuk menyelamatkan kluster mahkamah dari hukuman penjara. Ini sebenarnya yang mereka perjuangkan.
Selepas Najib dipenjarakan dan pemimpin UMNO lain berhadapan dengan perbicaraan di mahkamah kerana mencuri wang rakyat, maka pilihan raya yang 15 akan datang bukan lagi untuk rakyat tapi untuk menyelamatkan pemimpin UMNO yang kantoi mencuri itu.
Ertinya UMNO turut mendesak rakyat agar turut menyelamatkan pemimpin UMNO yang kantoi maling di Mahkamah.
Sementara UMNO mendesak pilihan raya diadakan. Bagaimana pula dengan wang rakyat yang dilesapkan melalui 1MDB dan SRC. Siapa yang menanggungnya dan siapa pula yang mengganti? denda 210 juta itu hari sudah dilangsaikan kah?
Sebentar tadi saya terbaca, memandangkan Malaysia berhadapan dengan krisis ekonomi maka kerajaan terpaksa menambah hutang sehingga 7 bilion akibat bunga hutang 1MDB.