
Dalam pada UMNO mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri agar mengadakan pilihan raya dalam tempoh yang terdekat walaupun fenomena alam tidak mengizinkan ini berdasarkan laporan metrologi dan pengakuan dari presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sanggup meredah banjir jika pilihan raya berlangsung dalam tempoh yang terdekat.
Pemuda UMNO Desak PM Segerakan PRU 15
Zahid Berani Redah Banjir PRU Tapi Mahkamah Tiba Tiba Bacul 😂
Dari sisi ekonomi tampak desakan itu tidak relevan, ini berdasarkan amaran Tengku Razaleigh Hamzah yang mengingatkan kerajaan UMNO agar segera mengawal kedudukan tukaran asing yang semakin kritikal dan jika ia berterusan. Rakyat terpaksa menyewa beca untuk membawa duit macam di Somaliland, Afrika akibat nilai ringgit yang terlalu murah.
Oleh itu menurut ahli Parlimen Gua Musang itu kawalan tukaran wang asing dalam ringgit perlu dibentangkan dalam Bajet 2023 bagi menangani kos sara hidup rakyat.
“Saya harap kerajaan cuba kawal kejatuhan ringgit ini, kerana tukaran asing kita sudah jatuh dengan tidak terkawal. Tidak mampu untuk membayar apa yang kita nak.
“Sejauh mana ringgit ini akan jatuh? Apakah ringgit kita akan jadi, kalau kita izinkan ringgit kita jatuh? Mungkin rumah yang kita beli dengan harga ratusan ribu boleh turun kepada sepuluh ribu ringgit. Jadi tidak ada sebab mengapa kita perlu biarkan perkara ni berterusan berlaku,” katanya.
Pada 27 Mei, Tengku Razaleigh meramalkan penyusutan ringgit kepada RM5.50 berbanding USD1 menjelang akhir tahun.
Hari ini, ringgit berada pada kadar RM4.54 berbanding USD1, paras terendah dalam tempoh 24 tahun.