Zaid Kembali Ke Pangkuan UMNO 😜

Sebelum ada yang terkejut beruk mendengar berita Zaid Ibrahim balik menyertai UMNO, walhal selama ini dikutuk habis habisan oleh pemimpin dan penyokong UMNO sebagai pengkhianat, sampaikan gambarnya di tukul, di tumbuk dan di bakar hidup hidup.

Nah saya ungkit serba sedikit hinaan UMNO ke atas Zaid itu sendiri.

Jamal bakar patung Zaid Ibrahim di PWTC

Kenapa dia dicaci oleh pemimpin dan macai UMNO? sebab dia meninggalkan UMNO dan menyertai DAP dan PKR khususnya.

Hari ini Zaid balik menyertai UMNO lalu bagaimana dengan pembohongan dan pengkhianatnya sudah halal kah? Hahaha!

Nah kalau tiba tiba halal, benarlah kamu wahai pemimpin UMNO munafik sangat.

Apa pun semoga selepas ini pemimpin dan laskar UMNO sanggup bodoh akan lebih cerdik mendepani perbezaan, jangan lagi merendahkan keintelektualan orang lain sebab itu hanya membuktikan betapa mulut dan pemikiran kamu itu sangat busuk dan bodoh.


PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim kembali ke pangkuan Umno selepas meninggalkan parti itu kira-kira 14 tahun.

Zaid Ibrahim berkata beliau menyertai semula Umno hanya untuk membantu parti itu.

Selepas meninggalkan Umno, peguam itu pernah menyertai dua parti pembangkang.

Zaid baru-baru ini mewakili Najib Razak dalam rayuan bekas perdana menteri itu terhadap sabitan dan hukuman kes SRC International.

Beliau menyerahkan permohonan keahliannya semasa taklimat khas Umno yang diadakan di ibu pejabat parti itu bulan lalu, menurut The Star.

“Niat saya hanya untuk membantu Umno. Saya sudah bersara dan tidak ada banyak kerja.

“Saya kini tidak terlalu sibuk dan saya kembali kepada parti, saya boleh membantu,” Zaid dipetik sebagai berkata.

Zaid berkata, beliau ingin membantu Umno melakukan pembaharuan ‘dari dalam’, sambil menambah rakan-rakan sebelum ini berkata sukar untuk membawa perubahan dari luar.

“Akhirnya, saya rasa lebih baik saya bersama Umno walaupun reformasi mungkin mengambil masa lama,” katanya.

Zaid menyertai Umno pada 2000. Beliau memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada pilihan raya umum 2004, tetapi digugurkan sebagai calon pada PRU 2008.

Beliau digantung keahlian daripada Umno pada 2008 dan menyertai PKR pada 2009, yang hanya bertahan setahun sebelum keluar parti itu.

Pada 2010, Zaid menubuhkan Kita tetapi meletak jawatan sebagai ketuanya dua tahun kemudian.

Pada 2017 beliau menyertai DAP tetapi meninggalkan parti itu tiga tahun kemudian.

Sumber MSN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: