UMNO Pernah Buat Ketetapan Hukum Pemimpin Ada Kes Mahkamah

UMNO atau kerajaan Najib pernah membuat ketetapan bahwa mana mana pemimpin UMNO yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah maka jawatan mereka dalam parti akan digantung.

Habis itu bagaimana dengan Zahid Hamidi dan Bung Mokhtar yang sedang dibicarakan kerana skandal rasuah, adakah jawatan mereka akan digantung?

Alahai UMNO janganlah terlalu hipokrit. Peraturan yang kamu cipta hanya berkesan pada penyokong bawahan dan itu akan digambarkan sebagai ketelusan. Sedangkan jika pemimpin UMNO yang bersalah tidak ada tindakan yang diambil malah minta dipertahankan. Kesian laskar UMNO disemua peringkat dianggap tidak ada prinsip hidup.


Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa mendedahkan, bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pernah membuat ketetapan untuk menggantung jawatan pemimpin parti itu jika menghadapi pendakwaan kes di mahkamah.

Menurutnya, keputusan itu dilakukan oleh pimpinan tertinggi parti tersebut ketika Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih sebagai Presiden UMNO dan baharu dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

“Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak pernah buat keputusan itu kecuali pada tahun 2009, MKT ada buat keputusan sewaktu Najib baru mengambil alih (menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO). Ada satu ketetapan dibuat iaitu kalau ada (pemimpin) didakwa di mahkamah kena digantung dari jawatan masing-masing.

“Namun, ketika ini MKT UMNO tidak kuatkuasakan perkara berikut. Saya sebagai anggota akan mematuhi parti. Hal dasar ini diputuskan oleh MKT dan PAU,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi Mara (UiTM), pada Sabtu.

Dewan Ulama Pas sebelum ini mencadangkan kerajaan melarang mana-mana individu yang sedang berdepan perbicaraan mahkamah berhubung kes salah laku, penyelewengan dan rasuah bertanding dalam pilihan raya umum (PRU).

Menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya, usul itu bertujuan mengelakkan mereka yang terpalit kes mahkamah menggunakan kedudukan mereka daripada dikenakan tindakan.

Ahmad juga menyarankan mereka yang pernah mengeluarkan kenyataan menggugat keharmonian negara tidak dibenarkan bertanding.

Dalam pada itu Annuar yang merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO berkata, pihaknya tidak mengetahui secara terperinci sekiranya ketetapan itu masih terpakai di peringkat parti.

Kata beliau, penguatkuasaan peraturan itu perlu diajukan kepada pimpinan tertinggi UMNO yang diketuai oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Memang ada keputusan itu pada 2009. Ini sudah tahun 2022 dan untuk menjawab perkara itu, saya tiada suara mahupun kuasa.

“Tidak wajar untuk saya komen. Saya sebagai bekas Setiausaha Agung tiada kuasa. Saya hanya ‘bekas’, elok dirujuk kepada penjawat jawatan,” katanya.

Sumber MSN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: