PBS Kekal Pendirian Tolak Kerjasama Dengan Warisan

KOTA KINABALU:Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal dengan pendirian menolak lamaran Parti Warisan (Warisan) untuk bekerjasama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata, pada masa ini PBS komited untuk terus berjuang bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

JONISTON BANGKUAI

Beliau berkata, PBS tetap setia dengan GRS maka, sebarang lamaran untuk membentuk kerjasama baharu tidak akan dilayan.
“Kesetiaan kita adalah kepada GRS kerana ini yang terbaik untuk kita maka, sokongan yang terkuat harus diberikan kepada gabungan ini.

“Sebagai parti tempatan yang sudah berusia 37 tahun, PBS akan terus menyokong gabungan yang selari dengan perjuangan parti ini,” katanya semasa pelancaran program jelajah GRS di Parlimen Keningau hari ini.

Menurut beliau, apabila GRS muncul sebagai wadah yang lebih besar, semua parti komponen memiliki kekuatan tersendiri. Maka, apabila semua parti bergabung, bayangkan kekuatan yang mampu diwujudkan.

Dengan kekuatan yang ada, musuh akan menjadi takut apabila berhadapan dengan GRS.

“Justeru, bermula di Keningau inilah kita tunjukkan solidariti kita dan saya yakin PRU akan datang, kita akan mampu mencapai kemenangan besar.

“Jika dilihat kepimpinan (GRS) juga cukup mendengar dan mengutamakan rakyat. Maka, dengan gabungan kepimpinan yang cukup berpengalaman, kita mampu tampil sebagai sebuah gabungan yang kuat,” katanya.

Semalam, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyatakan kesediaan Warisan untuk mengubah senarai calon pada PRU-15 sekiranya kerjasama dengan PBS direalisasikan.

Menurut beliau, kerjasama yang terbentuk bersama PBS dapat menguatkan lagi kedudukan kedua-dua parti itu sebagai parti tempatan dan juga parti yang mewakili masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah. –UTUSAN

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: