Petisyen Agong Bebaskan Najib Dari Penjara 12 Tahun Kalah

Sebelum rumusan petisyen atas talian berhubung Najib ini tersebar, awal awal lagi admin ada menerimanya.

Setelah pungutan undian berjalan beberapa hari ternyata keputusannya amat amat mendukacitakan UMNO, walaupun Presiden UMNO Zahid Hamidi sendiri telah menyarankan agar semua ahli UMNO mengambil bahagian dalam petisyen berkenaan.

Petisyen pertama dijalankan oleh Bersih 2.0 menuntut Najib tidak wajar diampunkan oleh Yang Dipertuan Agong, keputusannya sehingga saat ini telah mendapat 111,144 tandatangan berbanding 150,000 yang disasarkan.

Petisyen kedua dilancarkan oleh orang perseorangan pada rabu lalu. Menuntut agar Najib Razak mendapat keampunan dari Yang Dipertuan Agong. Namun hanya mendapat 6,931 tandatangan berbanding 7,500 yang dia sasarkan. (statik)

Satu lagi petisyen iaitu Solidariti Pengampunan Diraja Untuk Najib Razak yang dilancarkan BNComms Selangor, setakat ini hanya 11,108 tandatangan berbanding 15,000 yang disasarkan.

Rumusannya kamu carilah sendiri yang pasti rakyat sedar masa depan negara tidak boleh disandarkan pada pihak yang mempertahankan kemungkaran atau pihak walaupun tangannya yang penuh najis tapi minta dicium.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: