Takut Penjara,158 Ketua Bahagian UMNO Tuntut PRU Disegerakan

158 Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia menuntut agar Pilihan Raya Umum segera diadakan.

Kenapa pula UMNO yang menuntut bukannya pembangkang memandangkan Perdana Menteri Malaysia adalah Naib Presiden UMNO.

Kalau nak sangat pilihan raya ugutlah Perdana Menteri supaya membubarkan Parlimen, apa susah.

Teringat tarikh akhir pilihan raya umum 2018. Tinggal beberapa bulan penggal pemerintahan berakhir namun Parlimen belum dibubarkan. Banyak alasan yang dikemukakan walhal bergelumang dengan skandal 1MDB, yang menyebabkan UMNO tumbang.

Ironinya gara gara 1MDB juga UMNO memaksa pilihan raya umum ke 15 segera diadakan. He!

Janganlah perangai tu macam budak budak, kamu yang berhadapan dengan tuduhan rasuah di Mahkamah dan sikit hari lagi ramai pemimpin UMNO meringkuk dalam penjara termasuk Presiden UMNO Zahid Hamidi. Terus kamu susahkan rakyat dengan hari hari kempen dan hari mengundi, semata mata menyelamatkan pemimpin UMNO dari penjara, itu pun jika menang.

Memang pentingkan diri sangatlah UMNO ni.


Kuala Lumpur: Ketua bahagian Umno seluruh negara sebulat suara mendesak supaya Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) diadakan segera.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, keputusan itu dibuat dalam pertemuan tergempar pimpinan tertinggi parti bersama Ketua Bahagian di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Beliau berkata, mesyuarat yang bermula 11 pagi itu antara lain turut membincangkan mengenai keperluan akar umbi bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

“Tujuan kami dipanggil hari ini adalah untuk melihat kesiapsiagaan jentera PRU di setiap bahagian dan menyampaikan hasrat kami supaya jelas keperluan kami untuk menghadapi PRU.

“Malah, dalam mesyuarat itu tadi sebulat suara ketua bahagian yang hadir mahukan PRU dilakukan dengan kadar paling segera.

“Keputusan ini akan disampaikan kepada Perdana Menteri oleh Presiden dan Setiausaha Agung parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Menara Dato Onn di sini, sebaik selesai mesyuarat itu.

Mesyuarat itu dihadiri oleh kira-kira 158 orang.

Antara pimpinan tertinggi parti yang hadir termasuk Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung Datuk Seri Ahmad Maslan.

Ditanya sama ada pertemuan itu turut membincangkan kes rayuan akhir membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan, Jamal berkata, ia tidak dibincangkan.

“Tiada langsung, tidak disentuh dan dibincangkan,” katanya.

Sumber Metro

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: