
KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad menafikan tuduhan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang merujuk Zainab Mohd Salleh, sebagai isteri keduanya mempunyai kaitan dengan penyelewengan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).
Abdul Latiff berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya.
“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan projek kapal tempur pesisir (LCS), saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut.
“Sebagai Anggota Kabinet, saya bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Razifi berkata kertas siasatan dalaman LCS menunjukkan Zainab Mohd Salleh terlibat dalam dua syarikat pesisir luar pantai – Alizes Marine Limited dan Alizes Marine Labuan, merupakan isteri keduanya.
Sumber Berita Bersatu