Sumpah Laknat Najib Hanyalah Membuktikan Bodohnya

Semalam Najib bersumpah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah menerima wang RM42 juta dari SRC.

Sedangkan Mahkamah telah membuktikan Najib telah membelanjakan wang SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya menyebabkan Najib menerima hukuman penjara 12 tahun dan denda 210 juta.

Hakikatnya dalam usaha Najib membersihkan namanya selaku pemimpin UMNO dia juga cuba menambah sokongan ke atas dirinya. Supaya kalau pun Najib ketika itu berada di penjara tapi masih ramai yang mengundi calon UMNO pada pilihan raya umum ke 15.

Namun Najib lupa satu perkara iaitu hikmah di sebalik sumpah laknatnya. Najib Razak telah berjaya membuktikan dirinya bodoh selaku Perdana Menteri waktu itu dan Najib telah memberikan bola tanggung pada pihak pendakwa untuk mengekalkan sabitan bersalah dan hukuman penjara yang telah dijatuhkan, silap haribulan hukuman bertambah.

Admin telah mendengar perkara-perkara yang dilafazkan dalam sumpah laknat Najib Razak.

Najib Razak melafazkan dia tidak pernah mengetahui secara khusus dana RM42 juta datang dari SRC yang telah dimasukkan ke akaun peribadinya.

Tetapi kenapa semasa soal jawab di Mahkamah Najib mengaku menerima RM42 juta dari SRC. Baca link ini, laporan berita Najib mengaku tahu RM42 juta dalam akaunnya dana SRC, mahkamah diberitahu

Kedua Najib melafazkan tidak pernah bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk kepentingan peribadinya.

Pelik benar butiran sumpah ini, mana ada manusia di muka bumi ini yang walaupun sedar dirinya ditipu tapi tetap memberikan kepercayaan pada Jho Low untuk menjalankan perniagaan 1MDB kecuali Najib Razak. He!

Ketiga Najib juga bersaksi tidak pernah mengarahkan mana mana kakitangan supaya menyeleweng dana SRC untuk diberikan padanya.

Tapi pada hakikatnya portal berita melaporkan Najib arah pengerusi KWAP supaya mempercepatkan pinjaman SRC. Baca link ini ‘Najib arah beri wang lebih awal sebelum surat jaminan dikeluarkan’

Di mana bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang juga bekas pengerusi KWAP Dr Wan Abdul Aziz berkata Najib mengarahkan demikian dalam satu panggilan telefon namun beliau lupa bila panggilan telefon itu dibuat. Bukan kah ini membuktikan secara tidak langsung Najib terlibat dalam pinjaman SRC menyebabkan dia mendapat imbuhan yang tidak diketahuinya.

Imbuhannya ialah wang RM42 juta dari SRC yang dimasukkan ke akaun peribadinya dan telah dibelanjakan sesuka hati. Pertanyaannya, Najib tidak tahu dari mana datangnya RM42 juta tapi dibelanjakan sesuka dan tidak boleh pertanggungjawaban?

Perkara keempat yang dilafazkan, Najib tidak pernah terlibat dalam mesyuarat kabinet untuk meluluskan jaminan kerajaan bagi pinjaman KWAP sebanyak RM4 bilion kepada syarikat SRC untuk mendapatkan habuan RM42 juta. Orang sudah tahu lama Najib oiii, kaulah Perdana Menteri, kau lah Menteri Kewangan dan kau jugalah Pengerusi 1MDB. Justeru apa perlunya mesyuarat kabinet kalau sekadar untuk menyokong pinjaman anak syarikat 1MDB iaitu SRC.

Hakikatnya agensi kerajaan yang terlibat memberikan pinjaman kepada SRC waktu itu hanya memerlukan sokongan daripada seorang Perdana Menteri seperti mana jawapan bekas pengerusi KWAP diatas.

Syarikat tidak wujud 1MDB dan anak syarikat nya SRC hanya menyebabkan rakyat negara ini kerugian dan menanggung hutang sehingga berbilion ringgit. Tapi hanya menguntungkan Jho Low dan kroninya. Sedangkan rakyat pro UMNO dan ahli UMNO yang menegakkan benang basah atau mempertahankan penyelewengan yang dilakukan oleh Najib Razak dan kluster Mahkamah yang lain, sekadar hidup susah mati pun susah.

Poinnya disini pendakwaan Najib Razak telah membelanjakan wang rakyat sebanyak RM42 juta tidak mampu disangkal oleh peguamnya dan Najib sendiri, setiap kali prosiding SRC berjalan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan terbaru di Mahkamah Persekutuan.

Portal berita yang diterbitkan pada Januari 7, 2020 melaporkan Najib terkejut menerima RM42 juta tapi tidak memulangkannya. Baca link ini Terkejut RM42 juta masuk akaun, Najib akui tidak pulangkan

Beberapa bulan lalu seorang lelaki dicekup oleh pihak Polis setelah kantoi membelanjakan wang yang dimasukkan ke akaun peribadinya, sedangkan dia tidak tahu dari mana sumbernya.

Kesimpulannya sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib semalam hanya membuktikan Najib adalah Perdana Menteri yang bodoh, sehinggakan tidak tahu wang rakyat dicuri secara terbuka oleh orang luar.

Apa pun kita tunggu musibahnya. Ingat kerana sumpah laknat yang dilafazkan oleh Najib membabitkan orang biasa yang percaya dia telah menyeleweng dalam SRC dan akan ditimpa musibah. Maka sebaliknya akan berlaku pada pengikutnya jika akhirnya Najib gagal dalam rayuan akhirnya yang dijangka berakhir esok iaitu pada hari selasa.

Entah entah kenapa Najib berani bersumpah laknat sebab ada pelaku sebenar iaitu Rosmah, Rosmah yang mengarah tanpa pengetahuan darlingnya. Tapi bila mendapat wang mereka sekeluarga berbelanja sakan. Sekali lagi Najib nampak bodoh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: