Nah ini lagi dakwaan Anwar Ibrahim semasa berhujah di sidang dewan rakyat, baru baru ini.
Anwar mendakwa adalah benar yang Zahid Hamidi dan beberapa lagi pemimpin-pemimpin UMNO telah menandatangani surat atau SD bagi menyokong dirinya sebagai Perdana Menteri Malaysia untuk menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Namun dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang terbabit. Malah menurut Anwar Ibrahim kerana perbuatan pemimpin UMNO yang terdesak mereka sanggup menipu yang dipertuan Agong dengan mengemukan SD “palsu”.
Begitu parah kredibiliti, integriti politik Malaysia yang dirosakkan oleh UMNO.
Pembongkaran Anwar Ibrahim ini telah untuk kesekian kalinya membuktikan Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO telah berbohong pada ahli UMNO dan rakyat Malaysia khususnya
Pada perhimpunan Agong UMNO yang terbaru Zahid Hamidi menegaskan bahawa dia atau UMNO tidak akan berkerjasama Pakatan Harapan dengan meluangkan No Anwar, No DAP.
Bukan itu saja, Ahmad Mazlan turut mengesahkan bahawa Zahid Hamidi telah bersumpah atas nama Allah dihadapan mereka. Bahawa UMNO tidak akan berkerjasama Anwar Ibrahim atau PH.
Begitu juga dengan Annuar Musa pernah mendedahkan konspirasi Zahid Hamidi dan Anwar untuk membentuk jajaran baru bersama UMNO dan PKR. Tapi disangkal seolah pemimpin-pemimpin UMNO dan jentera mereka seolah-olah Annuar Musa telah berbohong, ternyata tidak. Zahid dan pemimpin-pemimpin UMNO lain yang sebenarnya pembohong.
Memang pun ini adalah masalah dalaman UMNO tetapi adakah mereka yang berkenaan tidak ada perasaan malu dan bersalah hingga sanggup ditipu berulang kali oleh pemimpin UMNO sendiri. Tujuan mereka ditipu pula supaya pemimpin UMNO yang dibicarakan di Mahkamah akibat menyelewang wang rakyat dapat melepaskan diri.
UMNO pembohong besar, laknat betul parti ini.