


Kalau kita buat penelitian ke atas kenyataan bekas peguam dari Sabah berhubung surat Peguam Negara Tommy Thomas kepada pewaris sultan Sulu berkenaan pemberhentian bayaran wang pemisah kepada pewaris sultan Sulu.
Memang ada kebenarannya, tampak pada satu segi nama Tommy Thomas boleh dibabitkan.
Benar pada tahun 2013 Najib memberhentikan pembayaran wang pemisah pada pewaris kesultanan Sulu. Tapi ada lagi pihak yang wajar untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan, ini kerana dia berada dalam kerajaan, baik dalam kerajaan UMNO mahupun dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH)
Siapa individu berkenaan mari kita tengok.
Menurut peguam berkenaan yang juga Presiden Persatuan Undang Undang Sabah, Roger Chin.
Pada tahun 2019 Peguam Negara, Tommy Thomas telah secara langsung mengaku Malaysia sengaja tidak membayar wang pemisah RM5300 setiap tahun menerusi suratnya kepada pewaris sultan Sulu yang diberhentikan oleh Najib Razak selepas peristiwa Tanduo, Lahad Datu.
Membuat pengakuan atau mengaku bererti anda menempah maut dalam erti kata lain pasti akan kalah dalam perbicaraan. (lebih kurang begitulah).
Dalam surat 2019 kepada peguam waris Sulu (dilihat oleh FMT), Thomas melampirkan salinan penghakiman 1939 oleh Mahkamah Tinggi Borneo Utara, dan berkata Malaysia tidak mempertikaikan identiti individu dan hak mereka untuk dibayar. Thomas juga kesal kerana pembayaran kepada waris telah ditamatkan pada 2013, menambah bahawa Malaysia “kini bersedia dan sanggup” untuk membayar waris semua tunggakan dari 2013 hingga 2019 berjumlah RM48,300. Chin berkata tawaran itu nampaknya tidak dibuat “tanpa prejudis”, bermakna ia boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah tanpa persetujuan pihak berkenaan.
Jelas walaupun Najib yang mencetuskan tuntutan sehingga 60 bilion ringgit, namun Tommy Thomas selaku Peguam Negara perlu juga dipersalahkan. Ini menurut Roger Chin.
Tapi ada orang yang paling layak untuk dipersalahkan sekaligus dipertanggungjawabkan ini kerana pada ketika Najib Razak menghentikan bayaran wang pemisah, orang ini iaitu Shafie menyandang jawatan Naib Presiden UMNO Malaysia. Manakala semasa Tommy Thomas membalas surat peguam pewaris kesultanan Sulu, Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dalam kerajaan Perikatan Nasional.
Siapa menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) semasa era kerajaan PH atau Warisan menjadi kerajaan negeri itu bukan kah VK Liew dari parti Warisan?
Kenapa Shafie tidak membantah atau bersuara. Tak kan hal sebesar itu pun Shafie tidak tahu menahu?
Kalau benar tidak tahu atau tidak dimaklumkan, justeru kenapa last last hanya menyalahkan sebelah pihak? kenapa sebelum ini tidak mengambil tahu andai benar prihatin berhubung status Sabah?.
Katalah Shafie masih sebagai pemimpin UMNO adakah dia lantang seperti hari ini?
Lebih baik diamlah Shafie oiii!