Alamak Presiden Indonesia ajak rakyatnya berperang melawan kerajaan Malaysia.
Hanya gara gara nelayan Malaysia kantoi mencuri ikan di perairan Indonesia.
Hanya gara gara syarikat perladangan dari Malaysia yang tidak sengaja menggali parit melepasi sempadan negara Indonesia.
Hanya gara gara beberapa pekerja Indonesia didera oleh majikan yang tidak bertanggungjawab.
Hanya kerana beberapa majikan Malaysia didakwa tidak membayar gaji pekerja atau buruh paksa.
Dan bermacam lagi kejadian yang tidak masuk tapi di letakkan di bahu kerajaan Malaysia.
Teruslah mengajak berperang?
Jokowi atau pihak Indonesia tahu kah begitu banyak kebaikan negara terhadap bangsa Indonesia yang berada di Malaysia. Yang mana kerajaan Indonesia tidak akan mampu melakukan yang hal yang sama sekiranya rakyat Malaysia berhijrah ke sana.
Jangan kan ke atas orang luar. Ke atas bangsa Indonesia sendiri belum tentu Jokowi atau orang Indonesia sendiri mampu berlaku adil terhadap mereka. Seperti contoh bangsa dari Wilayah Selatan tidak akan bebas berpolitik di Wilayah Utara, jangan kan berpolitik, hanya untuk mencari sesuap nasi pun sulit sebab dianggap pendatang luar. Silap hari bulan terjadi peperangan suku.
Di Malaysia orang yang lahir di Indonesia boleh menjadi ketua parti paling tua di Malaysia dan pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Dan banyak lagi kebaikan luar biasa yang enggan admin panjangkan, supaya tidak mencetuskan sentimen dalam rakyat Malaysia atau dikalanganan rakyat Sabah khususnya.
Biar betul Pak Jokowi oiii. Sikit sikit ganyang Malaysia.
Pada pemain propaganda negara jiran, berfikirlah secara matang sebelum mencipta propaganda seperti ini. Fikirkan masak masak, bangsa mana kelak yang bakal mengalami kerugian berbanding bangsa lain di bumi Malaysia. Jangan kerna usaha meningkatkan populariti Jokowi orang yang tidak berdosa pula yang menanggung akibat buruknya.
Jangan main main. Cuba baca komen salah seorang mereka, entah orang biasa atau memang dia seorang anggota tentera. Menulis tentera Malaysia berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Netizen Indon memberikan semangat pada TNI (Tentera Negara Indonesia) agar berjuang.
Kau tak tahu kat Malaysia ni melambak orang Indonesia. Perang je yg tahu. Cari nafkah sara keluarga.
LikeLiked by 1 person