Kenapa Pula Si Aziz Warisan Tidak Bersetuju Dengan Kenaikan Gaji Wakil Rakyat Sabah

Macam mana Anwar yang mendakwa dirinya sebagai orang yang matang berpolitik  dan Si Aziz Jamman yang diketahui tidak cerdik tidak bersetuju dengan kenaikan gaji para wakil rakyat dan para menteri di negeri  Sabah.

Seolah-olah rang pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (saraan) 1981 RUU berkenaan tidak mendapat persetujuan dari majoriti wakil-wakil rakyat, baik dari pemerintah mahupun pembangkang.

Apa berlaku?

Pada sesi pembentangan pindaan RUU berkenaan yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor. Pada kelmarin, hanya seorang yang tidak bersetuju atau tidak menyokong usul dia ialah wakil rakyat Luyang daripada parti DAP.

Ini membuktikan pindaan RUU itu telah mendapat persetujuan dari semua pihak termasuklah pembangkang Warisan dan DAP.

Hari ini barulah wakil rakyat melalui Aziz Jamman membuat kenyataan kononnya mereka tidak menyokong usul kenaikan gaji. Hipokritnya kamu pemimpin Warisan oiii.

Realitinya wakil Rakyat DAP yang menjadi musuh Warisan pun bersetuju dengan pindaan enakmen berkenaan. Sedangkan mereka jauh lebih cerdik dan kaki tentang dari mana mana wakil rakyat Warisan.

Itu bermakna penyataan media Ketua Wira Warisan Aziz Jamman yang mendakwa kenaikan gaji wakil rakyat dan menteri menteri Sabah tidak sesuai dan mengaitkannya dengan ekonomi hanyalah retorik politik untuk mencari populariti semata-mata.

Si Aziz sebagai Ahli Parlimen Sepanggar pula yang mengada-ngada dan terlebih sibuk. Pelik kan!

Tidak usahlah kau mengada-ngada Aziz oiii, seperti mana kesombongan Shafie semasa menjadi Ketua Menteri Sabah. Dikatakan pernah seorang wakil rakyat dari Bersatu cuba memberikan idea untuk bagaimana mengurus rakyat Sabah. Shafie dengan penuh angkuh membalas, jangan sibuk atau campur tangan dia tahu apa yang dia lakukan.

Hakikatnya kebaikan apa yang telah dilakukan oleh Shafie ke atas rakyat Sabah? Bantuan tunai dari kerajaan negeri Warisan pun tidak sampai ke tangan rakyat. Banyak rungutan yang kedengaran termasuk ada yang mendakwa wang bantuan itu telah diseleweng oleh kakitangan kerajaan yang bertugas.

Ironinya rakyat Sabah sedar kepimpinan Warisan tidak akan mampu menjaga mereka dan negeri Sabah, sebab itulah kerajaan Warisan ditumbangkan. Malangnya itu tidak membuat kepimpinan Warisan sedar diri.

Hari ini bila Warisan menjadi pembangkang, pandai pula mengajar orang.

Si Aziz mendakwa ekonomi hari ini tidak sesuai untuk menaikkan gaji wakil rakyat. Habis itu kenapa semasa ekonomi baik dibawah kerajaan Warisan, Shafie tidak bersikap pintar menaikkan gaji wakil rakyat? Itu menunjukkan alasan ekonomi yang dimainkan oleh si Aziz Jamman hanyalah kata kata kosong yang tidak mengandung keikhlasan.

Aziz Jamman untuk maklumanmu sebelum kerajaan GRS berhasrat untuk menaikkan gaji wakil rakyat atau Menteri dan Timbalan Menteri termasuk gaji pemandu.

Kerajaan Sabah GRS telah pun memberikan pelbagai bantuan pada rakyat Sabah. Antaranya :-

Penjawat awam Sabah diberikan setengah bulan gaji pada Disember 2021.

Penjawat awam Sabah diberikan imbuhan bonus Aidilfitri dan Kaamatan RM500 seorang pada April 2022

Penjawat awam Sabah diberikan bantuan khas RM1,000 seorang pada bulan yang sama, April 2022.

Bantuan tunai pada rakyat Sabah, setakat February 2021 kerajaan GRS telah berbelanja hampir RM14 juta ringgit. Itu tidak masuk bayaran selepas itu dan belum dicampur dengan bantuan tunai pada tahun ini.

Begitu juga bantuan secara langsung dari kerajaan Perseketuan kepada rakyat Sabah.

Bantuan Sara Hidup untuk tahun 2020 mereka telah membelanjakan sebanyak RM474 juta melibatkan 406 ribu rakyat Sabah. Bantuan Prihatin BPN melibatkan 904 ribu rakyat Sabah dan menelan belanja mencecah 983,34 juta ringgit Malaysia. Dan banyak tidak terkecuali bantuan kepada pengusaha kecil dan sederhana yang menelan belanja sehingga 59.01 juta.

Subsidi kepada majikan di Sabah telah diberikan kepada 17,114 majikan yang menelan kos sehingga 571,28 juta.

Itu menunjukkan kerajaan GRS berjaya mentadbir dan mengurus ekonomi Sabah.

Kamu tengok bha gaji Menteri di negeri Sarawak tu jauh tinggi berbanding Sabah, tapi tidak ada pula wakil rakyat pembangkang yang tidak bersetuju semasa usul menaikkan gaji mereka dibentangkan (cuba kamu Google kalau ada). Ertinya apa, ertinya hanya Warisan atau Shafie dan Aziz Jamman yang mengada-ngada.

Kamu orang tahu kah di Hong Kong gaji seorang anggota polis jauh lagi besar dari gaji seorang guru atau kakitangan awam yang lain, kenapa begitu sebab secara prinsipnya untuk menunjukkan komitmen kerajaan dalam usaha membenteras gejala rasuah kalangan anggota Polis.

Kerajaan GRS yang berteraskan agenda Sabah Maju Jaya telah melaksanakan pelbagai inisiatif demi kebaikan negeri dan rakyat Sabah. Antara lainnya adalah berkaitan pendidikan anak anak Sabah.

Pada tahun 2022 kerajaan GRS telah menyediakan peruntukan sehingga RM35 juta yang akan digunakan untuk membiayai program, BAIK, BUDI dan Bakti. Ketiga tiga program ini menjurus kepada bantuan secara langsung kepada pelajar. Apa itu dalam bentuk bantuan ehsan komputer, bantuan wang untuk mendaftar di IPT atau digunakan untuk membayar yuran IPT. Bantuan khas tunai RM2000 kepada setiap pelajar Sabah seramai 40,277.

Dan banyak lagi Warisan oiii. Kamu tu yang sebagai kerajaan negeri Sabah gagal memikul tanggungjawab, malah baru dua tahun setengah menjadi kerajaan sudah ada dikalangan pemimpin Warisan yang kantoi mencuri wang rakyat atau peruntukan hingga di heret ke Mahkamah.

Jadi berdasarkan sedikit maklumat diatas, masih tidak wajar kah wakil wakil rakyat kerajaan Sabah menerima sedikit kenaikan gaji jika dibandingkan dengan negeri Sarawak dan Selangor?

Tengok pula perbandingan di antara gaji Menteri atau wakil rakyat Sarawak dan Selangor. Jauh meninggalkan Sabah.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: