Tidak Perlu Ada Perjanjian Malaysia Yang Baharu – Ronald Kiandee

Memang tidak ada keperluannya untuk perjanjian Malaysia 1963 diperbaharui, ini kerana tujuan perjanjian Malaysia 1963 dimeterai adalah untuk membentuk Malaysia. Tanpa perjanjian ini tidak ada apa yang dipanggil negara Malaysia yang ada hanyalah Negara Sabah, Negara Sarawak dan Semenanjung Malaya.

Jadi kalau UMNO nak sangat mengubah perjanjian Malaysia, keluarkan Semenanjung Malaya dari Malaysia atau jangan protes jika ada gerakan membawa Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.

Biar Sabah dan Sarawak bersekutu dengan Singapura, masing membentuk wilayah.

Kita tengok bakal siapa yang lebih maju, adakah Sabah dan Sarawak atau Semenanjung Malaya.

Ingat orang Sabah ramai yang cerdik dan bijaksana hingga ada yang menjadi Menteri di luar negara. Bukan macam Menteri UMNO rata rata tidak amanah hingga dibicarakan di Mahkamah kerana kantoi mencuri.

Biar UMNO cari duit sendiri untuk membangunkan daerah daerah di dalam Malaya. Siapa tahu akan ada 1MDB 2.0 dan Jho Low semakin kaya.

Admin


BELURAN – Cadangan untuk mengusulkan Perjanjian Malaysia yang baharu dilihat tidak ada keperluan pada ketika ini.

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan dokumen asas yang penting kepada pembentukan Malaysia dalam Perlembagaan Malaysia.

“Saya rasa tidak wujud keperluan untuk membuat Perjanjian Baharu kerana kita sudah  mempunyai perjanjian yang sudah dimeterai pada 1963.

“Apa yang penting kini adalah untuk Kerajaan mengkaji pelbagai perkara yang belum lagi ditunaikan dalam perjanjian berkenaan selain perlu mengambil langkah dan tindakan agar perjanjian tersebut adalah satu perjanjian yang akan jadi realiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan bangunan pejabat baharu dan penyerahan bantuan enjin sangkut Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran di sini hari ini.

Ronald yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata, rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak pada masa ini mahu melihat Kerajaan Persekutuan menunaikan pelbagai perkara yang masih belum ditunaikan.

Katanya, langkah Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Majlis Khas MA63 peringkat tertinggi menunjukkan sikap Kerajaan untuk menunaikan perjanjian yang telah dimeterai pada 1963.

“Kita yakin langkah Kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Majlis Khas MA63 merupakan satu langkah yang menunjukkan sikap Kerajaan Persekutuan yang mahu melihat perkara-perkara yang dimeterai pada 1963 itu ditunai mengikut keadaan pada masa kini.

“Saya melihat pelbagai pencapaian telah dicapai oleh jawatankuasa ini.  Antaranya meningkatkan pembayaran bantuan pemberian khas kepada Sabah sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berkata, pelbagai pendekatan baharu telah dilaksanakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi memastikan gabungan parti-parti di Sabah menjadi alternatif terbaik untuk rakyat negeri ini menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Sumber.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: