Badut Warisan Minta Bukti Jika Warisan Sinonim Dengan PTI, Nah Ini!

Ini lagi seorang badut Warisan mengada ngada. Walaupun mengada ngada sudah menjadi trend badut Warisan hingga ada yang sanggup menconteng muka mereka seperti badut.

Tapi badut yang ini lagi teruk sudahlah mengada ngada, nampak syok cerdik tapi realitinya buta kayu.

Badut buta kayu mengugut akan membuat sesuatu jika penyokong kerajaan GRS gagal membuktikan parti Warisan sinonim dengan pendatang asing tanpa izin (PTI).

Sebelum itu, suka saya maklumkan bahwa saya pernah diugut akan disaman berhubung artikel di blog ini yang mengaitkan pemimpin parti PPRS dengan Naib Presiden parti Warisan.

Difahamkan sebelum itu Presiden PPRS berhadapan dengan tuduhan aktiviti memproses keterangan diri palsu di Mahkamah. Dalam artikel itu saya sertakan gambar sebagai bukti hubungan baik pemimpin PPRS dan Naib Presiden parti Warisan. Untuk lebih lanjut klik link dibawah.

Presiden PPRS Dalang Sendiket Kad Palsu PATI Bekerjasama Dengan Warisan (Gambar)

Berbalik pada ugutan badut yang menjadi topik artikel kali ini.

Sudah terang lagi bersuluh kau ah.

Ada dikalangan penyokong parti Warisan yang bukan hanya sebagai ahli parti tapi juga berjawatan dalam parti Warisan. Dan baru baru ini  didapati bersalah oleh Mahkamah kerana menggunakan mykad palsu. Klik dibawah.

Wanita Warisan Sepanggar Kantoi Guna Mykad Palsu Penjara 18 Bulan

Pertanyaannya apa mereka tidak layak bergelar PTI?

Kami juga ada artikel berkaitan PTI yang diperalatkan oleh laskar Warisan.  7 PTI Dibawa Dari Pulau Semporna Oleh Si Mukmin Untuk Berdemo Di Kota Kinabalu

Sama ada suka atau tidak, dulu kebanyakan PTI menjadi penyokong tegar parti Warisan. Ada perkara yang menyebabkannya antara lain diberikan harapan palsu oleh pemimpin dan jentera Warisan. kononnya akan diberikan keterangan diri jika Warisan menjadi kerajaan.

Apa semua itu bukan bukti?

Hakikatnya sewaktu Warisan menjadi kerajaan negeri. Tidak juga Shafie berani memberikan mereka dokumen yang dijanjikan. Bukan apa takut kehilangan undi KDMR.

Itu saya kata, kalaulah dibenarkan mengungkit  maka sepatutnya  kerajaan Musa Aman yang wajar dikenang. Sebab waktu itu beribu  PTI yang mendapat Ic projek. Tapi hari ini yang disokong oleh segelintir mereka itu si Shafie Apdal aka parti Warisan (tidak semua tapi ada)

Parti apa ni, sembarang saja menerima orang sebagai ahli parti. Kalau selepas itu mereka dibela, ini tidak hanya dijadikan alat untuk menambah pengaruh. Lepas itu dibiarkan, sudah terbukti bha semasa Warisan menjadi kerajaan negeri. Ramai ahli dan AJK Bahagian Warisan meninggalkan parti dan sehingga hari ini mereka musuh politik Warisan.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from jalinluin.com

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading