
Pedas kali ini kritikan Tun M ke atas kumpulan kluster Mahkamah atau UMNO baru yang sarat dengan konspirasi jahat.
Ini susulan pendedahan yang dibuat oleh Tajuddin berhubung usaha beberapa pemimpin UMNO yang cuba menggulingkn Zahid Hamidi dari jawatan Presiden UMNO.
Selain konspirasi mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia walaupun UMNO atau Presiden UMNO telah menafikan tidak akan berkerjasama dengan PKR dan DAP.
Dalam satu pertemuan Presiden UMNO Zahid Hamidi dengan beberapa pemimpin-pemimpin utama UMNO seperti Ahmad Mazlan. Zahid telah bersumpah dihadapan mereka atas nama Allah kononnya UMNO tidak akan berkerjasama. Tau tau dalam pendedahan Tajuddin mendakwa, Zahid Hamidi berbohong. Tidak lama dimakan sumpah kau Zahid oiii.
Betullah Zahid bukan lahir di Malaysia. Itu yang kuat benar berbohong hingga sanggup menjual nama Allah.
Malas admin nak tulis balik bagaimana Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO cuba di gulingkan. Kamu orang bacalah link dibawah, itupun kalau kamu benar benar ingin membunuh UMNO sebagai parti yang durjana.
UMNO ni parti yang durjana pada negeri Sabah. Sebab itu, sepatutnya orang Sabah yang mula mula berhajat membunuh UMNO bukan malah menjadi badut pada mereka.
Rentetan pendedahan Tajuddin berkenaan Tun Mahathir membuat kesimpulan bahawa itulah kerja UMNO bukan hendak mentadbir negara.
UMNO hanya sibuk mencari kuasa supaya segala nafsu dan ketamakan mereka dapat dituruti. Dan yang lebih penting supaya kuasa politik nanti dapat membebaskan Zahid Hamidi dari hukuman penjara atau paling tidak pendakwaan salah gunakuasa ke atasnya dan Najib dapat ditutup atau dihentikan.