
Kalaupun Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin tidak mendedahkannya tapi admin yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia sejak dari awal mempercayai SD tersebar yang ditandatangani oleh Presiden UMNO Zahid Hamidi dan Najib untuk membentuk jajaran baru iaitu menjadikan Anwar Ibrahim jawatan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyiddin Yassin adalah benar, bukan manipulasi dari musuh Umno.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, beliau turut digesa menandatangani SD terbabit sehingga timbul isu jajaran baharu ketika itu.
“Isu jajaran baharu, ‘no Anwar, no DAP …come on’, saya saksi hidup, ada SD ditandatangani untuk sokong Anwar jadi PM,” katanya.
Tajuddin berkata, pendedahan itu dibuat hari ini kerana perkara itu tidak didedahkan Presiden UMNO itu kepada ahli-ahli partinya.
“Saya saksi hidup. Ada diminta tandatangan surat sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
“Kata No DAP, No Anwar tetapi memang ada SD (UMNO) sokongan Anwar kepada Istana. Saya diminta tandatangan.
“Mula-mula saya tak nak, tetapi dah masam muka, tandatangan juga,” katanya.
SD yang ditandatangani oleh Zahid adalah benar. Benar bukan tipu! Hahaha!
Sebab itulah UMNO ni adalah pihak yang tidak boleh lagi dipercayai. Pagi cakap lain, petang cakap lain. Pembohong besar!
Tidak dinafikan pembohongan mereka ada sebabnya iaitu untuk melepaskan Najib Razak dan Zahid Hamidi atau kluster mahkamah dari hukuman bersalah sekaligus di penjara dan denda. Tapi ini tidak berlaku sekiranya mereka berjaya menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Di kesempatan ini admin sertakan artikel yang mendakwa Zahid ada gerakan bersama Anwar, sekaligus ada menandatangani SD seperti pendedahan Tajuddin di atas.
Namun ketika itu dinafikan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan sudah tentu oleh jentera UMNO yang sanggup bodoh demi pemimpin UMNO yang kantoi mencuri. Oleh itu selepas ini kalau kamu berdepan dengan pemimpin UMNO dan laskar mereka, kamu dengarkan saja tapi jangan pernah mempercayainya.
Ketika itu orang lain pula yang mereka persalahkan kononnya kerajaan Perikatan Nasional tumbang kerana gagal, walhal UMNO yang menarik sokongan untuk memberikan tempat pada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Maka terbuktilah dan ternyata benar apa pun yang catatkan di blog ini adalah benar belaka, kalau pun ada kesalahan ia hanyalah kesilapan atau kesalahan dari sumber asal.