Utamakan Perut Rakyat Bukan Pilihan Raya, Kamu UMNO!

Fikirkan dulu perut rakyat bukannya sibuk mencari jalan supaya pilihan raya diadakn dalam tempoh yang terdekat.

Ini merujuk pada karena kluster Mahkamah atau UMNO lah tu kan.

Sejak Presiden UMNO, Zahid Hamidi diminta untuk membela diri di Mahkamah berkenaan sabitan bersalah dalam tuduhan salahguna kuasa di Mahkamah. Dan semua pun tahu, sejak Najib Razak dikenakan hukuman bersalah dalam perbicaraan SRC dan sepatutnya Najib telah pun menjalani hukuman penjara 12 tahun penjara dan membayar denda 210 juta.

Sejak itu UMNO yang diketuai kluster Mahkamah tidak henti henti membuat provokasi supaya kerajaan dibubarkan dan pilihan raya umum segera diadakan. Walaupun mereka tahu rakyat sedang bergelut mencari sesuap nasi demi kelangsungan hidup.

Dikalangan pemimpin UMNO sendiri sering mendesak agar pilihan raya segera diadakan mungkin mereka merasakan ini adalah masa yang sesuai.

Entah sesuai tenang mana agaknya, kemenangan UMNO di Johor sebenarnya tidak boleh dijadikan ukuran sebab peratusan turun mengundi sangat kurang, dibawah 46%. Semasa Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 tiga calon UMNO kalah kepada calon Bebas.

Bercakap kepada pemberita, Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, rakyat mungkin tidak peduli diadakan PRU sekiranya mereka tidak kelaparan atau kemiskinan hidup.

“Ini pandangan peribadi saya berdasarkan pengalaman ilmiah selama 45 tahun, isu antara perut dan PRU, yang manakah patut didahulukan, cuba fikir dan hurai kenapa?” soal beliau.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: