Jangan Berebut Kerusi Pilihan Raya, Utamakan Kepentingan Rakyat Sabah – Hajiji

Ketua GRS  Datuk Hajiji Noor mengingatkan parti parti dalam Gabungan Rakyat Sabah ataupun UMNO/BN sekalipun supaya jangan berebut kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Sebaliknya utamakan kepentingan rakyat Sabah yang sentiasa menuntut pembangunan sepertimana di negeri-negeri di Semenanjung.

Perpecahan parti kerajaan di Sabah hanya menguntungkan sebelah pihak hingga apa yang dituntut kelak tidak diberi keutamaan.

Dalam erti kata lain GRS dan UMNO tidak boleh berebut kerusi tapi utamakan kepentingan rakyat Sabah tanpa sikitpun kompromi.

Dalam pada itu ada yang mengada-ngada kononnya GRS parti yang sombong walhal pada hakikatnya kerajaan GRS Sabah adalah kerajaan yang lebih kepada melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan bukannya tidak sudah bercakap soal politik yang ada kalanya perlu diketepikan demi pembangunan atau kepentingan rakyat Sabah.

“BERSATU dan GRS bukan parti sombong sebaliknya bekerja untuk rakyat, melayan rakyat dan rakan-rakan lain.

“Kita, parti yang akan mewujudkan keharmonian di kalangan rakyat dan parti-parti komponen dalam GRS dan BERSATU. Kita juga berharap terus bekerjasama rapat dengan satu lagi rakan kita daripada BN,” katanya

Buka macam kerajaan Warisan sebelum ini, bila ada pihak yang mempersoal pentadbiran mereka maka yang disorong adalah kenyataan atau gambar gambar semasa Shafie melayan pelabur dari luar negara, atau semasa merasmikan satu majlis pembangunan. Tapi pada hakikatnya sehingga hari ini tidak ada satupun projek atau pembangunan yang dinyatakan, terlaksana. Bikin ketawa pun ada!

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: