Hadi Nampak Zahid Bawa Fail Jumpa Muhyiddin Minta Kes Ditarik Balik

Presiden PAS Haji Hadi Awang  “bersumpah” bahawa dia nampak Zahid Hamidi membawa fail  perbicaraannya menghadap Muhyiddin Yassin yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu agar kesnya atau perbicaraan rasuahnya di Mahkamah ditarik balik.

Polemik Zahid Hamidi, fail dan Muhyiddin Yassin bermula sewaktu Muhyiddin Yassin berucap dalam satu kempen pilihan raya. Bagi menunjukkan kerajaannya atau kerajaan Perikatan Nasional adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan tidak akan membenarkan konstitusi kehakiman dirosakkan oleh UMNO.

Muhyiddin dalam ceramahnya mendedahkan Zahid ada bertemu dengan beliau dan meminta kesnya atau perbicaraannya di tarik balik atau dibatalkan.

Beberapa hari selepas saya dilantik menjadi Perdana Menteri, Zahid datang ke rumah saya ketika saya sedang berbincang dengan (Tan Sri) Abdul Hadi Awang, bawa satu fail bertimbun-timbun (dokumen)

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya, dia kata, Tan Sri ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan).

“Saya kata pada dia, kalau tak buat apa yang dituduh buat apa nak takut, pergilah ke mahkamah, kalau tidak bersalah akan dibebaskan,” katanya

Rentetan itu Zahid Hamidi mencabar Muhyiddin Yassin agar bersumpah bagi membuktikan dakwaannya.

Muhyiddin Yassin membalas dia tidak berbohong jadi tidak ada keperluannya untuk bersumpah. Sebaliknya Muhyiddin memfailkan saman ke atas Zahid Hamidi kerana menuduhnya memfitnah.

Bagi merungkai polemik Zahid dan fail rasuahnya, Presiden PAS tampil menceritakan keadaan sebenar bahwa beliau nampak Zahid membawa fail kesnya berjumpa dengan Muhyiddin Yassin. Seperti dibawah.

PERNYATAAN ABDUL HADI BIN AWANG

Saya, TAN SRI HAJI ABDUL HADI BIN HAJI AWANG, mengesahkan dan memperakui seperti berikut:

1. Pada awal bulan Mac 2020, saya telah hadir di rumah Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Musa (“Tan Sri Annuar Musa”) bagi pra-perbincangan pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (“PN”).

2 Semasa di rumah Tan Sri Annuar Musa, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi (Dato’ Seri Zahid”) berbincang secara peribadi dengan saya. Beliau membangkitkan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri di mana saya menyatakan Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai peruntukan wajib berkenaan jawatan tersebut. Kemudian beliau menunjukkan kepada saya fail peribadinya berkenaan kes jenayah terhadapnya. Saya menasihatkannya supaya kita menyelesaikan dulu masalah kerajaan dan bukan hal-hal lain.

3. Dari rumah Tan Sri Annuar Musa, kami telah pergi ke rumah Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yasin (“Tan Sri Muhyiddin”) yang amat berdekatan bagi mesyuarat penubuhan kabinet Kerajaan PN.

4. Selepas tamat mesyuarat tersebut, Dato’ Seri Zahid yang pada asalnya mengiringi saya keluar untuk pulang, telah berpatah balik masuk semula ke dalam rumah Tan Sri Muhyiddin.

5. Sayasedari bahawa Dato’ Seri Zahid mahu membincangkan tentang fail peribadinya yang ditunjukkan kepada saya semasa di rumah Tan Sri Annuar Musa. Saya nampak Dato’ Seri Mohamed Azmin Bin Ali ada bersama dengan Tan Sri Muhyiddin, namun saya tidak mengikuti perbincangan tersebut dan terus pulang.

SAYA DENGAN INI MENGESARKAN BAHAWA PERNYATAAN-PERNYATAAN DI ATAS ADALAH PERNYATAAN SAYA SENDIRI DAN ADALAH FAKTA DALAM PENGETAHUAN SAYA.

TAN SRI HAJI A 1BIN AJI AWANG NO. K/P: D” Sa

TARIKH: 29 MEI 2022

Sekarang giliran Zahid Hamidi pula menjawab kenyataan pemimpin PAS ini.

Zahid ada dua pilihan yang boleh gunakan. Pertama memfailkan saman ke atas Haji Hadi dan yang kedua mengangkat sumpah mubahalah atas tuduhan atau dakwaan yang dibuat oleh Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi Awang.

Percaya dan yakinlah kamu, pemimpin UMNO akan sanggup melakukan apa saja asalkan tengkuk mereka yang lepas, sedangkan parti UMNO hanyalah alat untuk dijadikan benteng.

Justeru tidak benar itu alasan yang sering kita dengar kononnya UMNO tidak bersalah, pemimpinnya yang bersalah. Alasan kolot!

Ramai juga yang mengatakan melawan UMNO bererti anda berlawan dengan musuh Tuhan. Menunjukkan betapa kekotoran UMNO sudah berada di tahap maksimum.

Bila dicabar agar bersumpah atas nama Tuhan sebagai bukti apa yang mereka dakwa adalah benar, maka mereka akan berkata, oh pulangkan saja pada Mahkamah untuk diadili. Tapi bila mengena orang lain yang tidak sanggup bersumpah maka akan dicanang pihak itu  kononnya telah memfitnah. Kegagalan lawan mereka untuk bersumpah akan dijadikan modal politik setiap kali ada isu yang memalitkan UMNO, begitulah sampai bila bila macam bodoh pun ada.

Begitu juga bila ada isu lama yang membuktikan mereka kantoi diangkat berkali-kali oleh musuh maka mereka akan mendakwa isu itu sudah basi. Sedangkan tidak timbul isu itu basi atau baru selagi isu itu masih dibicarakan di Mahkamah. Isu dalam politik jangan samakan dengan makanan. 😂

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: