
Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) David Tan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, dia menghantar bagasi berisi RM3 juta kepada Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Seri Satria, Putrajaya.
Kalau mengikut Tan iaitu saksi perkara sama telah berlaku berkali kali, dia menghantar duit ke rumah Ponorogo?
Bukan sekali dua, berkali-kali bayangkan kalau setiap kali bekas itu berisi 3 juta dan ia telah berjalan sejak Oktober 2014 sehingga Ogos 2018.
Menurut lagi saksi mereka tidak mempunyai cukup duit untuk menanggung kehendak Zahid Hamidi itu, justeru terpaksa meminta bantuan dari rakan kongsi di Hong Kong.
Inilah masalahnya pemimpin-pemimpin UMNO ni, kalau ya pun carilah projek supaya dalam masa yang sama dapat dimanfaatkan oleh rakyat.
Ini tidak, bukan hanya tidak boleh dimanfaatkan malah menambah lagi lambakan pekerja asing di Malaysia.
UKSB adalah syarikat yang mengurus visa pekerja asing.
Di Sabah yang juga melibatkan pemimpin UMNO, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Bung ada cerita seperti ini yang tersebar. Sejauh mana kebenarannya tunggu saat pilihan raya umum yang akan datang pasti semuanya akan terbongkar jika UMNO terus berlaga abang besar.
Kamu sebagai rakyat jelata boleh bercakap hal ni secara terbuka sebab ia bukan lagi soal pada pemimpin UMNO. Sebaliknya yang nampak bodoh adalah penyokong mereka, bilamana manafikan isu yang telah pun didapati salah di Mahkamah.
Puak itu mengalahkan para hakim pun ada! 😂
1 komen