PM Ismail Hingga Ke Setiausahanya Kantoi Pakai Barang Mahal

Ambil kamu cerita parti yang paling usang di Malaysia ini iaitu UMNO, seperti biasa tidak lekang dari cerita wang rakyat yang disalah guna.

Tidak larat sudah admin mendiamkan diri atau mengambil sikap seorang budak baik hanya kerana Bersatu yang mencadangkan Ismail Sabri calon Perdana Menteri Malaysia.

Walaupun Ismail Sabri ni kurang mahir bercakap terbalik tapi perbuatannya ni sama juga dengan pemimpin UMNO lain, celaka, tidak reti diuntung hingga tidak lagi boleh dipertahankan selagi PM Ismail bersama Kluster Mahkamah.

Rakyat tahu dari PM Ismail hingga ke setiausaha politiknya, kantoi memakai perhiasan yang luar kemampuan mereka, ia tidak wajar memandangkan UMNO baru saja menjadi kerajaan.

Perdana Menteri Malaysia Ismail kantoi memakai baju mahal semasa lawatan kerja ke negara jiran. Sedangkan rakyat di bawah bergelut untuk mengimbangi kos kehidupan yang kian meningkat. Hari ini bekalan ayam tidak ada masalah kah, begitu juga harga makanan kain, ok kah?

Sebenarnya bukan satu kesalahan pun seorang pemimpin memakai pakaian yang mahal tapi kerana UMNO ni terlalu terpalit dengan kes curi wang rakyat maka kalau ada kes seperti ini ia mudah mengundang amarah rakyat. Padan muka!

Berbeza dengan pemimpin Indon, Jokowi ketika bertemu dengan orang terkaya di dunia, Elon Musk untuk memeterai usaha niaga, kelihatan hanya memakai kasut berharga murah.

Kalau pun kerajaan ini yang diketuai UMNO dipertahankan tapi itu tidak akan memberikan kebaikan sebab pemimpin dan penyokong UMNO sendiri tidak reti diuntung bahkan kurang ajar dan terus merata jawatan terpenting dalam agensi kerajaan dan swasta sekaligus merata lagi wang rakyat.

Hari hari memburukkan komponen Perikatan Nasional walaupun tidak ada seorang pun yang terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah. Berbeza dengan UMNO walaupun mereka tahu Mahkamah telah mendapati pemimpin UMNO yang berkenaan adalah penjenayah tapi tetap dipertahankan.

UMNO terkenal seantero dunia sebagai alat kepada pemimpin Melayu untuk mencuri wang rakyat seperti 1MDB dana Yayasan Akal Budi serta pemasangan solar di sekolah-sekolah di Negeri Sarawak.

Pemimpin-pemimpin dan Cybertrooper UMNO, lupa yang mereka tidak lagi dipercayai oleh rakyat hingga UMNO tumbang pada pilihanraya umum yang lalu, tapi hari ini boleh menjadi kerajaan gara gara parti sekutu yang lain.

UMNO ni parti celaka sebenarnya. Parti yang tidak sesuai berada di Sabah justeru sebagai Sabahan kamu buang UMNO ni ke laut, kita ikut langkah bijak orang Sarawak mengharamkan parti ini di negeri mereka.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: