
Ketua Pesuruhjaya Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki berkata konok sejak tahun 2020 sejumlah RM14 juta wang rakyat Malaysia yang dicuri melalui 1MDB berjaya diambil balik secara kompaun atau tindakan Mahkamah dan penyelesaian dari pelbagai pihak. Manakala sebanyak RM5.11 juta diperoleh pada tahun 2021.
1MDB adalah syarikat pelaburan yang tidak jelas yang diwujudkan oleh mantan Perdana Menteri Najib Razak sekitar tahun 2008.
Kerja menuntut hak rakyat Malaysia tidak berakhir disitu, usaha akan terus dijalankan. Usaha menuntut ini dimulakan sejak 2018 iaitu sejak kerajaan Najib Razak atau UMNO berjaya ditumbangkan.
Ertinya sekiranya UMNO tidak berjaya ditumbangkan maka lesaplah wang rakyat Malaysia begitu saja. Dajal 1MDB ni kan?
Selain usaha SPRM seperti yang di dakwa ini.
Kerajaan Malaysia juga berjaya menuntutnya wang rakyat atas usaha Kementerian Kewangan Malaysia yang ketika itu berada dalam kerajaan Perikatan Nasional seperti keterangan dibawah, banyak main main bilion bilion jugalah.
Kesimpulannya kan skandal 1MDB bukannya manipulasi untuk menjatuhkan Najib Razak atau kerajaan UMNO. Tapi ia adalah realiti dimana wang rakyat telah dirompak secara berjemaah oleh penyangak dalam 1MDB termasuklah Najib Razak.
Sudah tentulah kebenaran ini sengaja tidak diterima oleh para totok UMNO, tapi bagaimana pula dengan anda sebagai rakyat biasa yang tidak kepartian, sanggup kah menerima hakikat ini tanpa sikitpun merasa telah dirugikan atau diperbodoh?