Isham UMNO Batalkan Debat Anwar vs Najib, Takut Kalah ?πŸ‘Ž

Walhal UMNO yang beria-ia ingin mengadakan debat antara Anwar dan Najib Razak berhubung isu syarikat minyak dan gas (Sapura Energy Berhad) milik Kerajaan Malaysia kedua terbesar di dunia.

Ketika itu Isham Jalil yang mewakili UMNO dalam perbincangan bersama Fahmi, Ketua Penerangan PKR. Nampak mangkuk ni yang bersungguh-sungguh menghebahkannya di media sosial. Macam betul!

Isham ni ahli politik UMNO di negeri Selangor. UMNO itu apa di mata hati Selangor? Sultan Selangor pun berkenan membatalkan darjah kebesaran Najib selepas kantoi dalam skandal 1MDB (SRC).

Tapi memang ketika Isham atau UMNO lantang menghebahkan debat berkenaan, ramai individu yang tidak percaya, kiranya Najib akan mampu atau berani melawan Anwar apa lagi dalam isu yang ada kaitannya dengan wang rakyat.

Awal pagi ini tersebar berita tentang lokasi yang akan digunakan. Ada dua lokasi yang belum ditentukan. Satu di MATIC kedua di Sivik MBPJ. Tapi akhirnya disahkan MATIC akan dijadikan medan dan debat disahkan berlangsung pada 12 Mei bersamaan jam 9 malam.

Namun mengecewakan sebentar tadi Isham Jalil membatalkan debat, konon atas nasihat majlis raja-raja debat terpaksa dibatalkan.

Sebelum itu Isham melalui akaun Facebooknya berkata akan menghentikan semua program yang dijadualkan kerana menjaga mertua yang sedang sakit.

Alasan lah tu guna nama nama Raja dan nama mertua kot untuk membatalkan debat. Nampak benar takut kalah dan bukan hanya akan kalah tapi akan lebih banyak skandal pemimpin UMNO yang terbongkar.

Satu lagi sebenarnya posting mengada-ngada di Page Najib tu bukan Najib yang buat pun. Najib know nothing, Najib dengan minah mat saleh pun terkial kial , merah padam muka, bila wartawan menyentuh wang rakyat.

One thought on “Isham UMNO Batalkan Debat Anwar vs Najib, Takut Kalah ?πŸ‘Ž

Add yours

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: