UMNO Desak PRU Kerna Perbicaraan Curi Di Mahkamah Berada Di Penghujung šŸ˜Š

Ketua UMNO Sabah Bung Mokhtar Radin menyatakan mereka mahu pilihan raya umum ke 15 segera diadakan kerana kerajaan hari ini adalah kerajaan yang rapuh.

Bila bila masa konok Perdana Menteri Ismail Sabri akan tumbang dan ini menyebabkan pelabur asing takut melabur di Malaysia.

Alasan bodoh bha tu, kalau benar UMNO ingin melihat ekonomi Malaysia stabil, maka sepatutnya kerajaan yang ada pada hari ini diperkasakan sekaligus MoU yang ditandatangani diantara UMNO dan PH dipertahankan supaya kedudukan Perdana Menteri dari UMNO itu tidak tergugat.

Memandangkan Perdana Menteri Ismail ini boleh lah dikatakan bersih dari tuduhan rasuah di Mahkamah tidak seperti pemimpin utama UMNO yang lain termasuklah Bung Mokhtar sendiri. Maka sudah tentulah kredibiliti sedemikian mampu menarik pelabur luar negara untuk melabur di Malaysia.

Tapi benarkah Malaysia sedang mengalami krisis pelabur asing enggan melabur di Malaysia? Betul kah bohong ni, UMNO oiii!

Ini kerana berdasarkan laporan yang disebarkan oleh portal Bernama. Malaysia sehingga Mac 2022 telah menerima pelaburan baharu sebanyak RM131.6 bilion, sesuatu yang ajaib yang wajib dibanggakan.

Itu bermakna kantoi membohong lagi kah pemimpin UMNO seorang ini? 😊

Kalau pun propaganda berkaitan pelabur itu ada benarnya tapi bukan kah ia disebabkan oleh faktor skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi iaitu Najib dan Zahid Hamidi.

Satu dunia sudah maklum skandal 1MDB yang diketuai oleh Najib Razak adalah kes curi yang terbesar abad ini, namun masih ada ahli UMNO yang beragama Islam menafikannya. Amat memalukan!

Macam saja pelabur luar negara itu bodoh tidak tahu krisis utama apa yang berlaku dalam Malaysia.

Dulu elok-elok ada Perdana Menteri Muhyiddin yang dapat membangun balik ekonomi dan negara. Tapi kluster mahkamah bertindak luar jangkaan menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional memaksa jawatan Perdana Menteri mengundurkan diri dan jawatan Perdana Menteri diberikan kepada Ismail Sabri walaupun hanya berjawatan Naib Presiden UMNO. Tapi tidak berpuas hati! celaka betullah puak ni.

Jangan cuba mengelirukan rakyat, hakikatnya tujuan sebenar UMNO mendesak agar pilihan raya umum segera diadakan adalah untuk menyelamatkan pemimpin UMNO yang kantoi mencuri wang rakyat di Mahkamah tidak dipenjarakan.

Jangan mereka munafik, bukan disebabkan oleh faktor ekonomi atau apa pun perkara yang ada kaitannya dengan kebaikan rakyat justeru itu mendesak kiranya pilihan raya umum segera diadakan. Kiranya pilihan raya umum ke 15 adalah talian hayat kepada mereka.

Pemimpin pemimpin UMNO semakin kuat membohonglah! penat kita mengejar kenyataan orang orang yang bermusuh dengan Tuhan ni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: