Bukan Hanya Nazlan Yang Dapati Najib Kantoi Kes SRC Tapi Juga Tiga Panel Hakim Mahkamah Rayuan

Hari ini tersebar berita berkenaan Hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan yang menjatuhkan 12 tahun penjara dan denda 210 juta ringgit ke atas pemimpin maling Najib Razak atas tiga pertuduhan jenayah dan tiga lagi tuduhan penggubalan wang haram dalam skandal SRC iaitu anak syarikat 1MDB.

Kononnya Nazlan telah menerima wang dari pihak tertentu sebanyak satu atau dua juta yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadinya. Kononnya wang itu sebagai suapan agar Najib jatuhkan hukuman bersalah. (Inilah propaganda yang cuba di doktrin dikalangan laskar UMNO)

Yang sebenarnya tuduhan propaganda ini telah lama disebarkan, iaitu sebelum Najib di jatuhkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dalam erti kata lain kalaulah tuduhan ini ada kebenarannya, dari dulu lagi Shafie Abdullah yang mewakili Najib Razak menggunakannya sebagai hujah atau bukti yang Najib dianiaya oleh sistem kehakiman Malaysia. Tetapi kenapa tidak pernah sekalipun Shafee Abdullah membangkitkannya dalam sidang media usai keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan ke atas Najib Razak dalam skandal SRC, kenapa?

Ini membuktikan tuduhan ke atas Hakim Mahkamah Tinggi, Nazlan itu hanyalah propaganda atau fitnah untuk disebarkan di media sosial semata mata.

Propaganda ini dihidupkan semula bila Najib Razak gagal buat kali kedua mengemukakan bukti baharu dalam rayuan ke atas hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atasnya kerana melakukan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

https://www.thesundaily.my/cerita/berita/najib-gagal-lagi-untuk-kemukakan-bukti-baharu-dalam-rayuan-kes-src-CD8959895

Jadi apa sebenarnya yang mahu ditutup laskar UMNO ni? mereka lupa kah selepas keputusan Mahkamah Tinggi ada lagi Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan yang sama.

Bagaimana pula dengan keputusan tiga panel hakim mahkamah rayuan yang mengekalkan hukuman 12 tahun penjara dan 210 juta denda tu, mereka bukan Nazlan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: