Sudah Tiba Masanya Perjanjian Malaysia Direalisasikan, Sanggup Tumbuk Meja dan Keluar Dari Mesyuarat – Masidi (Video)

Ini kalilah pemimpin-pemimpin Sabah khususnya dari Gabungan Rakyat Sabah atau GRS sanggup melakukan apa saja agar perjanjian Malaysia 1963 dapat direalisasikan terutamanya dari konteks minyak dan gas.

Untuk permulaan Petronas telah bersetuju untuk membina pusat pemprosesan Petroleum di Sugut, Sabah dan ia akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, satu atau dua tahun.

Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Masidi Manjun juga berjanji akan sanggup menumbuk meja atau keluar daripada bilik mesyuarat sekiranya perbincangan berkenaan perjanjian Malaysia tidak dipersetujui oleh mana mana pihak atau kerajaan pusat.

Menurutnya lagi sudah tiba masanya selaku pemimpin Sabah menuntut hak-hak yang terkandung dalam perjanjian Malaysia 1963.

“Pasal gas jangan risau. Walaupun saya ini orang kampung, orang Dusun atau orang bukit dari Ranau saya akan pasti mempertahankan hak Sabah.

“Saya sanggup keluar bilik rundingan dan tumbuk meja jika tidak puas hati”

  • YB DSP Masidi Manjun –

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: